Tips Menangani Penyakit Parkinson




Bagaimana nak menghadapi penyakit Parkinson?


Parkinson memang agak rumit dan sesetangah pesakit mengalami kesukaran untuk menghadapi masalah ini. 


Jadi, hari ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk menangani gejala Parkinson.




1. Senaman






Senaman dapat membantu pesakit Parkinson melalui:

- Membantu dan mengawal pergerakan dengan baik

- Mengurangkan masalah gaya berjalan dan kecederaan sendi otot
- Meningkatkan fleksibiliti
- Menguatkan otot dan meningkatkan keseimbangan
- Meningkatkan tenaga, stamina dan kesihatan jantung



2. Diet





Pemakanan seimbang boleh mengurangkan pesakit Parkinson untuk mendapatkan masalah seperti patah tulang, kekurangan air, sembelit dan susut berat badan. 

- Minum air enam hingga lapan gelas sehari walaupun anda tidak haus.

- Lebihkan makanan seperti prun, sayur-sayuran dan makanan tinggi serat.
- Makan sesuatu yang sejuk dan masam sebelum makan untuk mengelakkan mulut kering.



Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DI SINI



3. Tidur





Penyakit Parkinson boleh mengganggu masa tidur. Cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah:

- Elakkan minuman yang mengandungi kafein terutama pada waktu malam.

- Kurangkan pengambilan air pada waktu malam.
- Amalkan waktu tidur yang sama pada setiap hari.
- Elakkan terlebih waktu tidur.
- Wujudkan persekitaran yang aman dan selesa dalam bilik tidur anda.
- Elakkan menonton TV, membaca dan makan di tempat tidur.



4. Sokongan





Hidup dengan penyakit Parkinson boleh menyebabkan pelbagai masalah emosi seperti kemurungan, kemarahan dan kekecewaan dengan cabaran fizikal. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

- Mengekalkan komunikasi yang terbuka dan jujur dengan keluarga, rakan-rakan dan penjaga anda.

- Menyertai kumpulan sokongan seperti Persatuan Parkinson Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan perasaan
- Mendapatkan bantuan pekerja sosial dan kaunselor yang boleh meberikan sokongan sosial.



Rujukan

Portal MyHealth



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



No comments:

Post a Comment

More Post