5 Tanda Osteoporosis




5 Tanda Osteoporosis





Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), osteoporosis merupakan satu keadaan seseorang mengalami kehilangan kepadatan tulang yang mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.

"Osteoporosis merupakan penyakit orang tua, namun, ia merupakan hasil daripada (amalan) ketika mereka belum meningkat usia." kata seorang pakar tulang.







1. Tulang rapuh


- Tulang menjadi lemah dan senang retak atau patah jika terjatuh atau mengalami hentakan.






2. Tinggi berkurang


- Tinggi akan menjadi berkurangan atau dalam kata lain, anda semakin pendek sekiranya anda menghidapi penyakit ini. Jadi, pantau ketinggian anda setiap tahun.






3. Postur badan


- Postur badan dilihat tidak normal seperti orang lain.



Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DI SINI






4. Rasa ngilu pada otot dan sendi


- Jika anda kerap merasakan rasa sakit ngilu pada bahagian otot ataupun sendi, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor kerana ia mempengaruhi kepadatan tulang. 






5. Sakit punggung


- Sakit punggung secara tiba-tiba juga merupakan antara tanda anda mengalami osteoporosis kerana tulang belakang sudah rapuh. 





Justeru, apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan osteoporosis? Demikian saranan salah seorang doktor, Dr Ima Nirwana:
a. Lakukan senaman berimpak tinggi seperti berjalan, berjoging, melompat dan menari yang memberi rangsangan kepada tulang untuk membina jisim yang padat dan kuat.
b. Pemakanan yang seimbang dan kaya dengan kalsium serta vitamin D.
c. Vitamin D daripada cahaya matahari yang mencukupi setiap hari. Ia penting untuk tulang yang sihat dan kuat.
d. Elakkan tabiat buruk merokok dan meminum alkohol.
e. Kurangkan pengambilan kopi.

Sumber: Sinar Harian





Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI  





No comments:

Post a Comment

More Post