Aduhh !! Sakitnya buku lali ku




Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku?


‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku).

Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:

1) sakit
2) terdengar bunyi crack
3) bengkak
4) lebam
5) berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang

Jika berlakunya ketidakpastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Rawatan apabila terjadi ankle sprain : RICE


‘R‘ Untuk ‘Rest/rehat.
Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

‘I‘ Untuk ‘Ice/ais.
Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak serta boleh mengurangkan rasa sakit.

‘C‘ Untuk ‘Compression/tekanan.
Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

‘E‘ Untuk ‘Elevation/ampu sedikit tinggi’.
Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

 Cara mengelakkan kecederaan ankle sprain




1) Pakai pakaian sesuai
Masa bersukan kita hendaklah memakain baju sukan yang sesuai seperti t-shirt, seluar track, tudung tidak terlalu besar serta kasut. Elakkan pakai pin yang berjarum kerana ia boleh tercucuk dan pakaian yang besar boleh menyebabkan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkut.


2) Patuhi peraturan
Semua sukan ada peraturan sendiri tetapi jika anda tidak pasti atau tahu, jangan mengambil risiko untuk cuba melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti sendiri. Arahan tenaga pengajar (coach/instructor) kita mesti ikut dan dengar serta patuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.



3) Panaskan badan sebelum bersukan
Panaskan badan sebelum bersukan sangat penting kerana ia mengelakkan otot-otot badan terkejut dan mengalami kekejangan otot selepas bersukan atau semasa. Semasa melakukan pemanasan badan ia mesti merangkumi seluruh bahagian badan seperti kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, kaki, pergelangan tangan dan kaki.


4) Tahu menggunakan peralatan sukan
Semua jenis peralatan sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda terasa terbeban dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda untuk terus melakukannya dan masa gunakan peralatan tersebutkan, pastikan anda memakai alat pelindung yang sesuai.



5) Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan

Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terasa letih, cara anda melakukan sukan juga mungkin tidak betul kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Anda akan hilang fokus dan sekali gus menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam pemyembuhan atau kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah parah.

Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.



No comments:

Post a Comment

More Post