#TESTIMONI_FLEX [Urat Tersepit Berbulan-bulan, Hilang Fokus Bekerja]



#TESTIMONI_FLEX [Urat Tersepit Berbulan-bulan, Hilang Fokus Bekerja]




Saya telah mengalami sakit leher sebelah kanan dah berbulan-bulan. Mula-mula saya ingatkan saya tersalah bantal sahaja. Tetapi rupanya anggapan saya salah sebab sakit ini berlarutan dan tak hilang-hilang. Saya pun dah banyak kali tukar bantal tapi masih lagi sakit leher.





Aktiviti kerja saya amat terganggu. Terutamanya bila nak memandu kereta, saya susah nak memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan bila di simpang jalan. Rasa sakit sangat di bahagian leher. Saya pula bekerja sebagai agen di sebuah syarikat. Bila awal bulan nak restock banyak barang. Berkotak-kotak. Saya terpaksa meminta bantuan orang lain untuk mengangkatnya sebab memang saya tak boleh nak angkat benda berat sejak sakit leher. Kadang-kadang sakit tu sampai ke bahu dan lengan.


Saya dah cuba pergi berurut. Namun, saya rasa badan saya semakin sakit. Jadi, saya dah takut nak pergi berurut kat tempat-tempat lain. Suatu hari, saya terbaca satu posting review di Facebook berkaitan Flex Physiotherapy. Ramai yang mengatakan tempat ni sangat membantu untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Apa lagi, saya terus whatsapp no admin Flex untuk menempah slot rawatan.


Alhamdulillah. Saya diberikan kesempatan untuk mencuba rawatan di Flex Physiotherapy. Pada awalnya, memang rasa sakit tempat yang ditekan. Tetapi lama-kelamaan sakit leher saya semakin berkurang.




Pelbagai teknik yang fisioterapi di sini berikan. Ada yang guna tangan, ada juga yang guna elektrik. Setelah 3 sesi, saya dah boleh nak memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan dengan senang. Bahu saya pun dah rasa ringan. Baru saya tahu, inilah perasaan bila sakit yang kita alami berbulan-bulan dah tiada lagi. Alhamdulillah. Syukur.



Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DI SINI


Saya pasti akan beritahu kawan-kawan dan saudara-mara saya tentang Flex Physiotherapy ni. Memang amat berkesan. Fisioterapi semua baik-baik.




Bukan sahaja memberi rawatan malah siap bagi tips penjagaan postur dan cara nak buat bila rasa sakit atau lenguh-lenguh badan. Fisioterapi juga sentiasa bertanyakan khabar dan follow-up di whatsapp masalah sakit serta perubahan yang kita alami sebelum dan selepas rawatan.




"Terima kasih Team Flex Physiotherapy kerana dah menyelesaikan masalah sakit leher saya. Semoga terus maju jaya dan dapat membantu lebih ramai lagi pesakit di luar sana."



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI




No comments:

Post a Comment

More Post