Dulu tak pernah nak amal gaya hidup sihat, sekarang menyesal dah !!


Banyak punca yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat salah satunya adalah pemakanan. Gaya hidup tak sihat boleh menyebabkan strok.Strok merupakan satu keadaan di mana berlaku kekurangan bekalan darah ke bahagian otak sehingga menyebabkan tisu otak rosak dan mati.

 

Antara gejala awal stroke ini selalunya berlaku kepada pesakit secara tiba-tiba dan dikenali sebagai FAST iaitu:


F = Face (Muka)
Kedua-dua belah muka tidak sekata.
Pesakit boleh merasa kebas pada sebahagian muka, atau herot sebelah.

A = Arm (Lengan)
Sebelah lengan menjadi lemah atau tidak boleh diangkat.
Tangan pesakit menjadi lemah hingga tidak boleh diangkat atau tidak berdaya memegang sesuatu objek.

S = Speech (Percakapan)
Perkataan yang tidak jelas
Pesakit mungkin tidak boleh berkata-kata, tidak memahami percakapan, mengeluarkan ayat yang tidak tersusun atau ayat yang tidak mempunyai maksud.

T = Time (Masa)
Hubungi talian kecemasan atau datang ke hospital dengan segera
Maklumat mengenai FAST telah tersebar ke seluruh dunia bertujuan untuk memastikan semua golongan masyarakat sedar tentang simptom-simptom awal strok dan bertindak dengan segera.




Punca stroke


Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan serangan stroke. Antaranya :


Individu yang mengalami tekanan darah melebihi bacaan 140. Ia boleh menyebabkan serangan mengejut hingga lambat mendapatkan rawatan menyebabkan berlaku lumpuh anggota badan secara kekal.


Tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat.


Merokok pula boleh menyebabkan kerosakan pada jantung yang disebabkan oleh pembentukan plak pada salur darah.


Obesiti atau kegemukan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit strok. Pengenalpastian obesiti adalah dengan menilai Indeks Jisim Tubuh (BMI) iaitu berat badan (kg) ÷ ketinggian (meter)2. Pengambilan alkohol yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit ini.


Cara merawat stroke


Apabila berlaku serangan stroke, pesakit wajib dibantu dan dibawa ke hospital dengan segera. Semakin cepat mendapatkan rawatan stroke, semakin tinggi peluang pesakit untuk pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.


Antaranya rawatan untuk pesakit stroke:


1.       Menerima rawatan mencairkan darah – rawatan ini dijalankan bagi mencairkan darah dan melegakan saluran darah ke otak.


2.       Pengambilan ubat yang disarankan oleh doktor – preskripsi ubat akan diberi bagi mengurangkan risiko serangan strok.


3.       Pembedahan – pembedahan boleh dijalankan untuk menghentikan pendarahan otak yang serius. Tetapi, ia bergantung kepada bahagian otak yang terlibat.


4.       Bersenam – terdapat senaman yang boleh dilakukan oleh pesakit strok dengan bantuan penjaga. Antaranya ialah senaman pasif untuk mengekalkan julat sendi, pergerakan sendi bahu, lutut dan pergelangan tangan.


5.       Rawatan fisioterapi – pesakit boleh dapatkan rawatan fisioterapi dan rehabilitasi bagi menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian dengan aktiviti harian.

 

Rawatan Stroke di Flex Physiotherapy

FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post