Aduhh !! Sakitnya buku lali ku




Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku?


‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku).

Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:

1) sakit
2) terdengar bunyi crack
3) bengkak
4) lebam
5) berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang

Jika berlakunya ketidakpastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Rawatan apabila terjadi ankle sprain : RICE


‘R‘ Untuk ‘Rest/rehat.
Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

‘I‘ Untuk ‘Ice/ais.
Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak serta boleh mengurangkan rasa sakit.

‘C‘ Untuk ‘Compression/tekanan.
Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

‘E‘ Untuk ‘Elevation/ampu sedikit tinggi’.
Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

 Cara mengelakkan kecederaan ankle sprain




1) Pakai pakaian sesuai
Masa bersukan kita hendaklah memakain baju sukan yang sesuai seperti t-shirt, seluar track, tudung tidak terlalu besar serta kasut. Elakkan pakai pin yang berjarum kerana ia boleh tercucuk dan pakaian yang besar boleh menyebabkan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkut.


2) Patuhi peraturan
Semua sukan ada peraturan sendiri tetapi jika anda tidak pasti atau tahu, jangan mengambil risiko untuk cuba melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti sendiri. Arahan tenaga pengajar (coach/instructor) kita mesti ikut dan dengar serta patuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.



3) Panaskan badan sebelum bersukan
Panaskan badan sebelum bersukan sangat penting kerana ia mengelakkan otot-otot badan terkejut dan mengalami kekejangan otot selepas bersukan atau semasa. Semasa melakukan pemanasan badan ia mesti merangkumi seluruh bahagian badan seperti kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, kaki, pergelangan tangan dan kaki.


4) Tahu menggunakan peralatan sukan
Semua jenis peralatan sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda terasa terbeban dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda untuk terus melakukannya dan masa gunakan peralatan tersebutkan, pastikan anda memakai alat pelindung yang sesuai.



5) Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan

Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terasa letih, cara anda melakukan sukan juga mungkin tidak betul kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Anda akan hilang fokus dan sekali gus menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam pemyembuhan atau kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah parah.

Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.



GEJALA AWAL STROKE







Strok mempunyai pelbagai simptom seperti anggota badan menjadi lumpuh ataupun lemah, mata menjadi kabur sehinggalah pengsan. Akan tetapi kebanyakkan daripada pesakit akan mengadu lumpuh anggota badan(hemiparalysis) ataupun lemah anggota badan(hemiparesis).


Strok boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

Haemorrhagic stroke(Strok berdarah) : Disebabkan salur darah yang pecah dibahagian otak
Ischemic stroke(Strok iskemik) : Disebabkan salur darah tersumbat

Antara gejala awal stroke ini selalunya berlaku kepada pesakit secara tiba-tiba dan dikenali sebagai FAST iaitu:



F = Face (Muka)

Kedua-dua belah muka tidak sekata.Pesakit boleh merasa kebas pada sebahagian muka, atau herot sebelah.




A = Arm (Lengan)

Sebelah lengan menjadi lemah atau tidak boleh diangkat.Tangan pesakit menjadi lemah hingga tidak boleh diangkat atau tidak berdaya memegang sesuatu objek.



S = Speech (Percakapan)

Perkataan yang tidak jelasPesakit mungkin tidak boleh berkata-kata, tidak memahami percakapan, mengeluarkan ayat yang tidak tersusun atau ayat yang tidak mempunyai maksud.



T = Time (Masa)

Hubungi talian kecemasan atau datang ke hospital dengan segeraMaklumat mengenai FAST telah tersebar ke seluruh dunia bertujuan untuk memastikan semua golongan masyarakat sedar tentang simptom-simptom awal strok dan bertindak dengan segera.




Simptom-simptom yang terlibat

Secara umumnya, berikut merupakan tanda dan gejala stroke yang boleh dihadapi oleh seseorang yang diserang masalah ini iaitu:


Simptom bertumpu (focal symptom)


Motor (pergerakan)
·         Lemah atau cemerkap pada sebelah bahagian badan, atau badan tidak seimbang apabila berdiri

Percakapan dan bahasa

·         Dysphasia – tidak mampu berkata-kata atau masalah di dalam memahami percakapan orang lain

·         Dyslexia – sukar mengenali perkataan, huruf atau simbol

·         Dysgraphia – tidak boleh menulis dengan betul

·         Dyscalculia – tidak boleh mengira

·         Dystextia– tidak boleh menulis mesej melalui peranti elektronik dengan betul

·         Dysarthria – percakapan tidak jelas


Deria

·         Hilang deria rasa pada sebelah bahagian badan


Penglihatan

·         TMB (Transient Monocular Blindness) – pandangan kabur atau gelap tiba-tiba buat seketika pada sebelah mata sahaja

·         Hemianopia – hilang separuh bahagian penglihatan pada biji mata yang sama

·         Bilateral blindness – buta kedua-dua belah mata

·         Diplopia – pandangan berbalau


Vestibular

·         Vertigo – dunia terasa berpusing, sukar untuk berdiri tegak


Behavourial/Cognitif

·         Visuospatial dysfunction – merasa keliru, tidak dapat menafsirkan keadaan sekeliling


Simptom am (non-focal)

·         Lemah seluruh badan atau gangguan deria

·         Pitam

·         Tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan air besar

·         Kekeliruan

·         Telinga berdengung

·         Pengsan/Pitam

Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.


Semakin tua, semakin hilang nikmat sihat.



Zaman muda dulu, selalu pakai heels, sekarang selalu sakit tapak kaki.



 
Sakit tapak kaki atau sakit pada tumit dikenali sebagai plantar fasciitis.




 

Apakah Plantar Fascitis?


Antara keadaan yang paling biasa pada sakit tumit adalah keadaan yang dikenali sebagai plantar fascitis. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu menyebabkan sakit, bengkak dan lebam.

Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki.



Apakah gejala sakit pada tapak kaki?


1.     Pada lazimnya sakit tapak kaki adalah sangat tajam dan terletak di pangkal tumit . Ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki.
2.     Sakit paling teruk adalah pada waktu pagi bila bangun daripada tidur dan bila mengambil langkah pertama selepas untuk tempoh yang panjang berehat.
3.     Anda juga mungkin mengalami bengkak, sakit bila sentuh tisu tapak kaki dengan kuat (selalunya di tempat yang khusus bahagian dalam tumit).
4.     Senaman ringan boleh mengurangkan sakit untuk sementara. Tetapi berjalan lama sering membuat sakit teruk.
5.     Merehatkan kaki anda biasanya mengurangkan kesakitan.
6.     Kadang-kala sakit dirasai apabila melakukan regangan pada tisu tapak kaki.
7.     Anda mungkin berjalan dengan tempang atau tidak dapat menanggung berat badan pada kaki yang terjejas.

Apakah punca sakit pada tapak kaki?


Anda lebih cenderung untuk mencederakan fascia plantar anda dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh:
·         Jika anda banyak berjalan, berlari, berdiri (aktiviti berterusan yang melebihi 1 jam).
·         Jika anda mempunyai postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki yang leper atau tinggi).
·         Jika anda mempunyai kaki atau sendi pergelangan yang keras.
·         Jika anda mempunyai kelemahan otot (terutama otot betis).
·         Jika terdapat penggunaan yang berlebihan pada kaki atau regangan secara tiba-tiba pada tapak kaki. (Contoh: latihan yang tidak sesuai atau berlebihan, atlet yang meningkatkan latihan intensiti berjalan atau jarak dengan mendadak).
·         Jika anda mempunyai otot yang ketat (terutama otot betis).
·         Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (ini akan meletakkan tekanan tambahan pada tumit anda).
·         Jika anda mempunyai perbezaan panjang kaki.
·         Jika anda telah memakai kasut dengan span yang berkurangan atau sokongan yang lemah pada bentuk kaki. (Elakkan memakai kasut yang longgar dengan tapak yang nipis).


Siapakah lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki?


Adalah dianggarkan sekitar 1 daripada 10 orang akan mendapat sakit tapak kaki di Amerika Syarikat dalam kehidupan mereka. Ia adalah dua kali ganda lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki. Atlet juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki. Selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Apakah komplikasi jika sakit tapak kaki tidak dirawat?


Mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang.


Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.

Apakah Rawatan Fisioterapi?


Rawatan fisioterapi adalah penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan, memastikan hasil yang optimum dan mengurangkan kemungkinan sakit berulang.


Fisioterapi akan melakukan penilaian pada kaki anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti harian bila gejala beransur pulih.



Rawatan Fisioterapi boleh terdiri daripada:

·         Ais atau rawatan haba
·         Elektroterapi (seperti Ultra Sound)
·         Senaman untuk meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti (terutamanya otot-otot betis)
·         Urutan tisu lembut
·         Mobilisasi pada sendi otot
·         Taping (plaster)
·         Pendidikan (kasut yang bersesuaian dan pengubahsuaian aktiviti harian)


Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

Dulu tak pernah nak amal gaya hidup sihat, sekarang menyesal dah !!


Banyak punca yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat salah satunya adalah pemakanan. Gaya hidup tak sihat boleh menyebabkan strok.Strok merupakan satu keadaan di mana berlaku kekurangan bekalan darah ke bahagian otak sehingga menyebabkan tisu otak rosak dan mati.

 

Antara gejala awal stroke ini selalunya berlaku kepada pesakit secara tiba-tiba dan dikenali sebagai FAST iaitu:


F = Face (Muka)
Kedua-dua belah muka tidak sekata.
Pesakit boleh merasa kebas pada sebahagian muka, atau herot sebelah.

A = Arm (Lengan)
Sebelah lengan menjadi lemah atau tidak boleh diangkat.
Tangan pesakit menjadi lemah hingga tidak boleh diangkat atau tidak berdaya memegang sesuatu objek.

S = Speech (Percakapan)
Perkataan yang tidak jelas
Pesakit mungkin tidak boleh berkata-kata, tidak memahami percakapan, mengeluarkan ayat yang tidak tersusun atau ayat yang tidak mempunyai maksud.

T = Time (Masa)
Hubungi talian kecemasan atau datang ke hospital dengan segera
Maklumat mengenai FAST telah tersebar ke seluruh dunia bertujuan untuk memastikan semua golongan masyarakat sedar tentang simptom-simptom awal strok dan bertindak dengan segera.




Punca stroke


Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan serangan stroke. Antaranya :


Individu yang mengalami tekanan darah melebihi bacaan 140. Ia boleh menyebabkan serangan mengejut hingga lambat mendapatkan rawatan menyebabkan berlaku lumpuh anggota badan secara kekal.


Tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat.


Merokok pula boleh menyebabkan kerosakan pada jantung yang disebabkan oleh pembentukan plak pada salur darah.


Obesiti atau kegemukan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit strok. Pengenalpastian obesiti adalah dengan menilai Indeks Jisim Tubuh (BMI) iaitu berat badan (kg) ÷ ketinggian (meter)2. Pengambilan alkohol yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit ini.


Cara merawat stroke


Apabila berlaku serangan stroke, pesakit wajib dibantu dan dibawa ke hospital dengan segera. Semakin cepat mendapatkan rawatan stroke, semakin tinggi peluang pesakit untuk pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.


Antaranya rawatan untuk pesakit stroke:


1.       Menerima rawatan mencairkan darah – rawatan ini dijalankan bagi mencairkan darah dan melegakan saluran darah ke otak.


2.       Pengambilan ubat yang disarankan oleh doktor – preskripsi ubat akan diberi bagi mengurangkan risiko serangan strok.


3.       Pembedahan – pembedahan boleh dijalankan untuk menghentikan pendarahan otak yang serius. Tetapi, ia bergantung kepada bahagian otak yang terlibat.


4.       Bersenam – terdapat senaman yang boleh dilakukan oleh pesakit strok dengan bantuan penjaga. Antaranya ialah senaman pasif untuk mengekalkan julat sendi, pergerakan sendi bahu, lutut dan pergelangan tangan.


5.       Rawatan fisioterapi – pesakit boleh dapatkan rawatan fisioterapi dan rehabilitasi bagi menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian dengan aktiviti harian.

 

Rawatan Stroke di Flex Physiotherapy

FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

Sedaro-maro maghi madoh, tapi gax awal-awal lagi minta maaf takleh nok gi


Musim kenduri,makcik-makcik tua semua sakit lutut. Adakah anda tahu punca sakit lutut dan cara rawatan?


Osteoarthritis (OA) sendi ialah arthritis yang paling kerap dihidapi, ia penyakit yang menyebabkan radang(sakit) di antara sendi seperti di lutut, di tulang belakang dan di pinggul.
 

Apa yang berlaku pada sendi osteoarthritis (OA)?

Ia terjadi kerana kekurangan bendalir synovia untuk melicinkan hujung-hujung tulang bergerak di sendi yang membekalkan nutrient kepada rawan articular yang meliputi hujung-hujung tulang maka tulang akan bergeser antara satu lain.


Geseran itu akan membuat lapisan semakin nipis dan lusuh pada akhirnya menimbulkan kesakitan yang teruk.

 Simptom apakah yang akan dialami oleh penghidap lutut osteoarthritis?

  • Pesakit mengadu rasa sakit,sengal dan ngilu pada sendi khususnya pada cuaca sejuk dan lembap
  • Otot semakin mengecil.
  • Mengeluarkan bunyi krepitus(retak) terutamanya di lutut.
  • Bengkak dan radang di sendi.
  • Sendi yang sakit menjadi kemerah-merahan.
  • Pergerakan yang terbatas menyebabkan hidup yang kurang berkualiti dengan kefungsian yang tidak optimum.


Prevalen dan punca

      1.       Kecederaan : bersukan,mengangkat benda berat, pergerakan berlebihan
2.       Proses Penuaan (Usia) : cartilage menipis, kepadatan otot berkurang
3.       Kemalangan : mencederakan otot dan sendi, perubahan mekanikal pada sendi (patah/ dislokasi sendi)
4.       Obesiti : memberi tekanan kepada sendi


Apakah rawatan awal yang anda boleh lakukan ke atas lutut osteoarthritis?


Kaedah PRICE seperti berikut akan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi:
 1.       Protection – Gunakan alat bantuan berjalan seperti tongkat bagi mengurangkan beban pada lutut yang terlibat.
 2.       Rest – Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya ke atas lutut seperti berdiri lama, menaiki tangga dan mencangkung.
 3.       Ice – Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit. Ini akan melancarkan pergerakan sendi serta membantu menguatkan otot. Ada individu yang rasa selesa dengan rawatan haba.
 4.       Compression – Teknik elastic bandage akan dapat meningkatkan sistem pengaliran darah.
 5.       Elevation – Keradangan pada sendi akan dapat dikurangkan dengan meletakkan kaki tinggi dari paras jantung.


Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas osteoarthritis (OA) lutut?


1.       Modaliti untuk mengurangkan sakit – Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit meningkatkan pengaliran darah yang lancar

2.       Senaman – Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot. Pada permulaannya, senaman jenis unloading akan diajar bagi mengurangkan kesan trauma ke atas sendi lutut.

3.       Latihan keseimbangan – Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stability badan dengan mengekalkan postur yang baik. Latihan ini perlu ditekankan di kalangan golongan warga emas disebabkan keseimbangan badan yang semakin berkurang dengan penuaan.

4.       Penjagaan sendi– Fleksibiliti, kekuatan dan deria rasa sendi perlu dikekalkan secara optimum bagi memastikan lutut bebas daripada implikasi trauma, beban dan hentakan yang berlebihan.

5.       Nasihat kepada pesakit

a.       Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.

b.       Aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit perlu dikurangkan dan dielakkan supaya kondisi sendi tidak menjadi semakin teruk.


Rawatan  osteoarthritis di Flex Physiotherapy


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

ADUHH, PINGGANG AKUU!!




Sakit pinggang/belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot atau kaku (stiffness) di mana-mana bahagian belakang tubuh. Ia mungkin menjalar ke bahagian punggung atau kaki.



Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat) dan sakit ini baru sahaja alami. Manakala sakit belakang yang kronik berlaku melebihi 3 bulan dan sakit belakang yang berulang berlaku dalam tempoh kurang dari 3 bulan.



Tahukah anda, dianggarkan lebih 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian mereka terganggu. Statistik menyatakan bahawa sakit belakang ini banyak berlaku dalam kalangan mereka yang berusia 20-an dan meningkat antara 60 hingga 65 tahun.
Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang sepanjang hayat mereka. Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam masa seminggu selepas mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1 hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan.
Banyak punca yang boleh mengakibatkan terjadinya sakit belakang:


Sakit belakang yang di alami berpunca dari :

·         Perubahan kepada disc
·         Kecederaan otot
·         Postur tidak betul
·         Patah tulang belakang (jarang)
·         Kelemahan otot stabiliti
Banyak komplikasi yang akan timbul jika pesakit tidak mendapatkan rawatan secepatnya.antaranya ialah :
·         Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
·         Pergerakan menjadi terhad, tidak boleh menunduk,memusing badan dan sebagainya.
·         Otot belakang menjadi keras/tegang.
·         Kecacatan kekal

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DI SINI 
RAWATAN
Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
·         Rehat yang cukup
·         Regangan pada bahagian belakang
·         Fisioterapi
·         Menggunakan ubat sapu
·         Ubat penahan sakit


Objektif Rawatan Fisioterapi adalah untuk :


  • Untuk mengurangkan sakit 
  • Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
  • Untuk mengekalkan julat pergerakan badan


  • Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan

  • Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI 

More Post