"Bila lah lutut aku nak pulih, asyik sakit jer"




Sendi  lutut adalah antara sendi utama pada tubuh manusia dan digunakan  setiap kali untuk bergerak. Jika anda pernah mengalaminya, anda akan tahu betapa pentingnya kesihatan sendi lutut dalam menjalani hari-hari anda.


Sakit lutut terbagai kepada dua, iaitu sakit lutut akut dan sakit lutut kronik. Sakit lutut akut terjadi dalam tempoh yang singkat. Berbeza dengan sakit lutut kronik,ianya berlaku dalam tempoh yang lama.


Sakit lutut akut biasanya disebabkan oleh trauma atau kemalangan pada lutut, manakala sakit lutut kronik disebabkan oleh lebih daripada satu punca dan sakitnya tidak sembuh-sembuh dan sering berulang.


Antara punca sakit lutut kronik ialah:

Osteoartritis.
Disebabkan faktor usia yang semakin meningkat, cecair synovial akan menjadi semakin berkurangan dan tisu rawan pada lutut juga semakin terhakis. Geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan kerosakkan di kawasan tersebut. Akibatnya, lutut akan mengalami keradangan yang akhirnya membawa kepada kesakitan.

Tendinitis.
Sakit di bahagian hadapan lutut disebabkan radang tendon. Sakit akan bertambah teruk semasa memanjat, menaiki tangga atau melalui jalan yang curam.

Bursitis.
 Radang bursa, iaitu sejenis kantung berisi cecair terletak pada sendilutut  untuk membantu pergerakan sendi. Ia disebabkan oleh penggunaan sendi secara berlebihan.

Gout.
 Kebiasaannya berlaku pada sendi ibu jari kaki, tetapi dalam sesetengah kes, ia boleh melibatkan lutut.

Ligamen koyak.
Lutut dikelilingi oleh beberapa ligamen. Jika ligamen ini koyak, ia boleh menyebabkan rasa sakit. Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah yang paling kerap mengalami kecederaan.



Simptom dan tanda yang boleh dikesan pada lutut yang kronik adalah seperti:

  • Lebam
  • Sukar untuk menggerakkan lutut
  • Lutut terasa lemah dan kurang stabil.
  • Lutut berbunyi ketika berjalan ataupun ketika dibengkokkan.

Siapakah yang berisiko mengalami sakit lutut kronik?
Postur yang tidak betul: jika anda berjalan pada posturnya salah setiap hari, ianya akan menyebabkan perubahan pada “alignment “sendi lutut dan sebab itulah sakit pada bahagian lutut tidak hilang-hilang.
Berat badan berlebihan: Berat badan yang berlebihan memberikan tekanan yang besar ke atas sendi lutut. Obesiti juga meningkatkan risiko menghidap osteoartritis kerana tulang rawan rosak dengan lebih cepat.
Pergerakan yang berulang-ulang: pergerakan berulang kali atau pekerjaan yang memerlukan seseorang menggunakan lutut (menjahit, menaiki tangga, berdiri lama) akan menyebabkan kerosakan pada tulang rawan sehingga menyebabkan rasa sakit.

Rawatan sakit lutut kronik
Untuk mengurangkan kesakitan pada sendi anda, cuba langkah-langkah berikut:
·         Rehatkan sendi anda. Rasa sakit tersebut adalah petanda sendi anda memerlukan rehat untuk memulihkan kecederaan yang dialaminya. Berhenti dari melakukan aktiviti yang banyak melibatkan sendi lutut. Jika melibatkan pekerjaan, rehat selama 10 minit (duduk) sebelum sambung pekerjaan tersebut.

·         Angkat/tinggikan lutut anda semasa sedang berehat.

·         Letakkan pek pemanas. Jika lutut anda masih bengkak walaupun sudah lama,letakkan pek pemanas pada bahagian lutut. (jika bengkak masih panas dan merah, letakkan pek sejuk/ais)

·         Pakai pembalut lutut (knee support). Ini boleh membantu  menyokong lutut anda dari banyak bergerak dan lebih stabih ketika berjalan.

·         Turunkan berat badan. Jika anda obes atau terlebih berat badan, mengurangkan beban ke atas lutut anda adalah sangat penting, terutamanya untuk mencegah osteoartritis.


Rawatan fisioterapi bagi sakit lutut kronik

Alat untuk mengurangkan sakit – Rawatan haba atau sejuk digunakan bagi mengurangkan sakit pada sendi. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit meningkatkan pengaliran darah yang lancar

Senaman – Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot. Pada permulaannya, senaman jenis unloading akan diajar bagi mengurangkan kesan trauma ke atas sendi lutut.

Latihan keseimbangan – Latihan keseimbangan badan juga penting di dalam meningkatkan stability badan dengan mengekalkan postur yang baik. Latihan ini perlu ditekankan di kalangan golongan warga emas disebabkan keseimbangan badan yang semakin berkurang dengan penuaan.

Penjagaan sendi – Fleksibiliti, kekuatan dan deria rasa sendi perlu dikekalkan secara optimum bagi memastikan lutut bebas daripada implikasi trauma, beban dan hentakan yang berlebihan.

Nasihat kepada pesakit
1.             Golongan yang berumur dinasihatkan untuk berjalan dengan bantuan tongkat bagi mengurangkan bebanan ke atas sendi dan elak daripada terjatuh.
2.             Aktiviti menaiki tangga dan mendaki bukit perlu dikurangkan dan dielakkan supaya kondisi sendi tidak menjadi semakin teruk.

Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post