[5 Tips Elak Kaki Kejang]


[5 Tips Elak Kaki Kejang]





PENGENALAN

Kaki kejang merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang.  Kekejangan otot ini selalunya berlaku secara tiba-tiba dan ia tidak mampu dikawal. Keadaan ini selalunya melibatkan otot bahagian betis dan pesakit selalunya terduduk kesakitan disebabkan masalah ini.


Kekejangan otot yang paling mengejutkan biasanya terjadi ketika anda tidur. Selalunya pesakit akan meloncat daripada katil dan memegang kaki yang mengalami kekejangan disebabkan masalah tersebut.



BAHAGIAN SERING BERLAKU KEKEJANGAN OTOT

Selain betis, kekejangan otot juga boleh berlaku dibahagian lain seperti:

- Leher

- Abdomen

- Tapak kaki

- Tangan




PUNCA TERJADINYA KEKEJANGAN OTOT


Beberapa punca kepada masalah kekejangan otot ini adalah:

1) Dehidrasi: Seseorang yang mengalami kekeringan selalunya akan mempunyai jumlah mineral yang tidak normal di dalam badan. Perkara ini akan mendedahkan seseorang itu untuk mengalami kekejangan otot

2) Peredaran darah yang tidak cukup kebahagian kaki. Perkara ini selalunya berlaku apabila seseorang itu meletakkan kakinya dalam posisi melipat. Ini menyebabkan salur darah terhimpit dan aliran darah berkurangan ke bahagian kaki.

3) Muntah dan cirit-birit: Masalah ini akan menyebabkan mineral daripada dalam badan keluar sekali bersama muntah dah cirit tersebut. Ini akan menyebabkan mineral di dalam badan menjadi tidak seimbang
Senaman yang berlebihan. 

4) Senaman secara berlebihan akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi dan menggangu fungsi badan.


Perlu diketahui bahawa, majoriti daripada masalah kaki kejang ini berlaku secara tiba-tiba tanpa apa-apa punca yang berbahaya. Ia boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan ataupun ujian untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut. Tetapi jika ia kerap berlaku, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.



CARA CEGAH KEKEJANGAN OTOT

1) Minum air secukupnya
- Sentiasa mengambil air yang mencukupi terutamanya jika anda sedang bersenam




2) Pastikan badan anda mendapat nutrisi yang cukup.
-Badan tidak kekurangan potassium, kalsium dan magnesium. Ketidakseimbangan mineral di dalam badan disebabkan individu tersebut berpeluh secara berlebihan.




3) Kurangkan minum alkohol dan kafein.

-Cuba elakkan makanan ataupun minuman yang menyebabkan dehidrasi lebih mudah berlaku seperti cokelat dan Kopi terutamanya ketika anda bersenam. Ini kerana dua makanan ini akan menyebabkan seseorang itu lebih banyak buang air kencing daripada biasa.




4) Lakukan regangan kaki sebelum tidur

- Pastikan otot dalam keadaan relaks dan meregang. Elakkan aktiviti yang meletihkan sebelum tidur.
Jangan lakukan latihan secara berlebihan.



5) Senaman yang berlebihan. 

- Senaman adalah sesuatu yang bagus. Tetapi jika ia dilakukan secara berlebihan akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi. Malah berpeluh secara berlebihan juga akan menyebabkan kandungan mineral dalam badan menjadi sedikit terganggu.



Ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI



#theblueglovesphysio #rawatan #lenguhtangan #sakitbelakang #slipdisc #frozenshoulder #sakiturat #masalahsaraf #kebastangan #sakitleher #torticollis #fisioterapi #fisioterapikelantan #flexphysiotherapy #cervicalspondylosis #homephysiotherapy #physiotherapy #kelantanphysiotherapy #urutkelantan #fracture #rawatanpatah #physiotherapymalaysia #urutmoden #rawatanstrokedanurat #aclinjury #sportsinjury #promosi #testimoni


No comments:

Post a Comment

More Post