Pernahkah Anda Dengar Tentang Lower Crossed Syndrome?

Pernahkah Anda Dengar Tentang Lower Crossed Syndrome?


Sebenarnya ia adalah gejala yang berpunca daripada tabiat postur anda yang salah


Bagaimana Postur Anda Ketika Duduk, Berdiri dan Tidur?


OTOT Lemah dan Otot Kuat


Lower crossed syndrome (LCS) atau dikenali juga sebagai pelvic crossed syndrome adalah otot yang tidak seimbang pada bahagian bawah belakang (lower back). Crossed bermaksud ketidaseimbangan antara otot yang lemah dan ketat membentuk huruf ‘X’.


LCS disifatkan oleh kelemahan otot dan ketegangan otot yang bersilang antara bahagian belakang (dorsal) dan bahagian depan (ventral) badan. Otot hip flex dan otot bahagian bawah belakang (lumbar extend) menjadi ketat. Sebaliknya otot abdominal (deep abdominal) dan otot punggung gluteus maximus  menjadi lemah. Selain itu, otot belakang peha hamstring juga memendek dan menjadi ketat. Ketidakseimbangan ini mengakibatkan anterior tilt pelvis, pertambahan flexion of hip dan tulang bahagian lumbar akan menjadi hyperlordosis (bertambah lekuk ke dalam).


Tanda-tanda Lower Crossed Syndrome


  
LOWER Crossed Syndrome
- Lekuk semakin ke dalam (lordosis) pada bahagian bawah belakang (lower back)
- Pelvis forward tilt
- Otot pinggul ketat (iliopsoas)
- Lemah otot abdominal
- Ketat pada otot belakang peha (hamstring)


3 Tabiat Yang Menyumbang Kepada Lower Crossed Syndrome


1. Postur Duduk


Duduk untuk masa yang singkat bukanlah satu masalah. Otot pinggul dan otot belakang bawah menjadi ketat apabila duduk terlalu lama. Sememangnya otot-otot ini memendek dan ketat ketika duduk. Semakin lama dan lebih kerap anda duduk, lebih pendek dan lebih ketat otot-otot ini akan kekal.
Oleh itu, duduk dalam keadaan tegak. Pastikan belakang anda lurus dan rapat ke kerusi. Bahu anda juga harus dalam keadaan tegak dan lurus. Buka sedikit dada anda. Selain postur duduk yang betul, anda juga sebaiknya bangun dan bergerak dari semasa ke semasa. Contohnya, bangun setiap 20 hingga 30 minit untuk berjalan dan meregangkan otot.


2. Postur Berdiri


 
POSTUR yang Betul


Bagaimana komitmen anda untuk mengubah dan mengawal tabiat anda? Kecondongan pinggul sedikit ke belakang (posterior), dapat membantu mengurangkan kesan beberapa otot yang ketat, pendek ini.


Semasa berdiri, badan mestilah tegak dan bahu dalam keadaan ditarik ke belakang. Pastikan paras kepala anda-telinga telinga anda sepadan dengan bahu anda. Jangan menolak kepala anda ke hadapan, ke belakang, atau ke tepi. Masukkan perut anda ke dalam.


Cuba amalkan SEKARANG ! Sukar untuk mempunyai postur yang salah apabila anda mengamalkan teknik ini.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

3. Postur Tidur



 
KEADAAN Tulang Belakang Semasa Tidur


Tidur meniarap boleh mempunyai kesan yang sama pada otot pendek di bahagian belakang dan otot-otot menjadi panjang di bahagian abdomen. Tidur terlentang adalah posisi tidur yang betu.
Elakkan tidur di atas 2 atau 3 bantal supaya tulang belakang berada dalam kedudukan normal.


Rawatan Fisioterapi

  • Didikan postur badan- termasuklah hindar daripada semua postur dan aktiviti yang boleh menambahkan lumbar lordosis. Sebagai contoh, menasihati pesakit untuk bengkokkan lutut semasa baring ataupun mengiring. Selain itu, meminta pesakit meletakkan bangku kecil semsa duduk ataupun letakkan bantal di bawah betis supaya lutut lebih tinggi daripada pinggul.
  • Manual Terapi / Mobilisasi Sendi / STM / Myofascial Release- Self-myofascial release menggunakan roller massage
  • Elektroterapi- Terapi panas, TENS.
  • Regangan untuk otot 
  1. Hamstrings
  2. Hip Flexors
  3. Erector Spinae
  • Kekuatan untuk otot
  1. Transverse Abdominals
  2. Gluteus maximus
  3. Hamstrings
  4. Hip flexors
  5. Erector spinae

SENAMAN 'Superman'


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment

More Post