[SENAMAN AEROBIK MAMPU MENCEGAH STROK]


[SENAMAN AEROBIK MAMPU MENCEGAH STROK]


Senaman aerobik adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya selama 20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120 denyutan seminit.  Senaman ini memberi keseronokan serta kebebasan pergerakan mengikut alunan muzik sehingga mampu dilakukan dalam tempoh yang lama, dan juga amat baik dijadikan sebagai sebahagian gaya kehidupan seharian.


Tahukah anda, senaman aerobik merupakan salah satu bentuk senaman kardiovaskular . Senaman kardiovaskular adalah  senaman yang meningkatkan keupayaan jantung untuk menyalurkan oksigen kepada otot-otot yang memerlukan.


Jadi, sebab itulah senaman aerobik ini baik untuk jantung . Tambahan pula langkah-langkah Aerobik ini menambahkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan, yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh. Jantung anda akan mengepam dengan laju untuk menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi oleh badan.


Kesan senaman aerobik terhadap kesihatan  jantung:



1)  Meningkatkan fungsi jantung. Apabila jantung  dapat mengepam lebih banyak darah, lebih banyak oksigen dihantar ke otot  dan seluruh badan anda semasa bersenam. Semua perubahan ini memudahkan jantung anda untuk menjalankan tugasnya.

2) Membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri sekaligus melancarkan perjalanan darah. Pengurangan tahap lemak dalam darah mengurangkan pembentukan plak di dalam saluran darah (aterosklerosis) dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

3) Menurunkan tekanan darah. Ini kerana, apabila kita bersenam, sistem peredaran darah dalam jantung akan menstabilkan tekanan darah ke tahap yang paling optimum.

4) Memperbaiki pengawalan paras gula darah dan insulin . Ianya mengurangkan risiko diabetes jenis 2, yang berkait rapat dengan masalah yang berkaitan dengan penyakit jantung.

5)  Mengurangi kolesterol jahat dalam darah. Senaman menyebabkan pengurangan trigliserida, yang merupakan zarah lemak kecil  di dalam darah. Ia juga boleh meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), atau kolesterol “baik”, dan boleh mengurangkan  jumlah lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), atau kolesterol “jahat”.


 Jadi, apabila kesihatan jantung semakin meningkat, risiko untuk mendapat strok akan berkurangan. Ini kerana tiada lagi yang menggangu sistem  kelancaran darah di dalam badan. Seperti yang sedia maklum, strok terjadi apabila terdapat  darah beku didalam salur darah. Apabila salur darah tersumbat, bekalan oksigen ke otak akan berkurangan dan sel-sel otak akan mati.

Justeru itu, risiko untuk mendapat strok semakin rendah  kerana kolestrol dan plak di dlm darah sudah berkurangan dan sistem peredaran darah sudah tidak lagi  terganggu.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI
.
.

#theblueglovesphysio #rawatan #lenguhtangan #sakitbelakang #slipdisc #frozenshoulder #sakiturat #masalahsaraf #kebastangan #sakitleher #torticollis #fisioterapi #fisioterapikelantan #flexphysiotherapy #cervicalspondylosis #homephysiotherapy #physiotherapy #kelantanphysiotherapy #urutkelantan #fracture #rawatanpatah #physiotherapymalaysia #urutmoden #rawatanstrokedanurat #aclinjury #sportsinjury #promosi #testimoni


No comments:

Post a Comment

More Post