[Aku Nak Sangat Kembali Berlari, Tapi Lututku….]


[Aku Nak Sangat Kembali Berlari, Tapi Lututku….]





APAKAH ITU RUNNER’S KNEE?

Runner’s knee atau  pun nama lainnya ialah Sindrom Patellofemoral adalah penyakit biasa dihadapi dalam kalangan pelari. Walaupun begitu, ianya  juga boleh menyerang mana-mana atlet yang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan  lutut dibengkokkan seperti berjalan, berbasikal, dan melompat. Ia biasanya menyebabkan sakit di sekitar tempurung lutut.


SIMPTOM RUNNER’S KNEE



Gejala Runner’s Knee adalah:

1. Sakit di belakang atau sekitar tempurung lutut, terutamanya di mana thighbone dan tempurung lutut bertemu.

2. Sakit apabila anda membengkok lutut - apabila berjalan, mencangkung, melutut, berlari, atau duduk.

3. Sakit yang lebih teruk lagi apabila berjalan turun tangga atau bukit.

4. Bengkak.

5. Terasa seperti pop atau pergeseran di lutut ketika melakukan aktiviti.


PUNCA RUNNER’S KNEE
Antara penyebab terjadinya runner’s knee adalah :
1. Pengunaan Berlebihan. Pergerakan berulang seperti gerakan membengkokkan lutut boleh menyebabkan iritasi saraf di permukaan tempurung lutut. Ini menyebabkan berlakunya regangan tendon yang melampau yang menyebabkan kesakitan lutut pelari.

2. Trauma secara langsung ke lutut, seperti terjatuh.

3. Salah jajaran (misalignment). Jika mana-mana tulang berada sedikit lari daripada kedudukan yang betul, tekanan fizikal tidak akan sama rata melalui badan. Bahagian-bahagian tertentu badan mungkin menanggung berat badan terlalu banyak. Ini boleh menyebabkan kesakitan dan kerosakan kepada sendi. Kadang-kadang, tempurung lutut itu sendiri adalah sedikit lari daripada kedudukan sebenar.

4. Masalah dengan kaki. Runner’s Knee terhasil dari tapak kaki yang rata, juga dikenali sebagai fallen arches atau overpronation. Ini adalah suatu keadaan di mana tekanan ketika melangkah menyebabkan tapak kaki anda jatuh dengan meregangkan otot dan tendon.

5. Otot kaki tidak seimbangKekuatan otot Quadriceps mungkin melebihi kekuatan otot Hamstrings, atau sebaliknya. Iliotibial Band memendek juga menarik tempurung lutut ketepi(lateral) dan mengakibatkan sakit.


RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK RUNNER’S KNEE


Bagi yang baru terjadi masalah runner’s knee atau di dalam tahap awal, dinasihatkan untuk :


1. Merehatkan lutut. Sebanyak mungkin, cuba untuk mengelakkan meletakkan berat badan pada lutut anda.



2. Letakkan ais pada lutut untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Lakukan ia untuk 20-30 minit setiap 3-4 jam untuk 2-3 hari, atau sehingga kesakitan itu hilang.



3. Balut (Compress) lutut anda. Gunakan pembalut elastik untuk memberikan lutut anda sokongan tambahan.

4. Tinggikan lutut anda di atas bantal apabila anda duduk atau berbaring.

5. Ambil ubat penahan sakit anti -radang. Ubat anti -radang Nonsteroidal, seperti Advil, Aleve, atau Motrin akan membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.

6. Amalkan regangan dan latihan pengukuhan(bebanan rendah)






Bagi yang tahap kronik, dapatkan pemulihan fisioterapi yang intensif, seperti melakukan :


1) Senaman kekuatan otot peha.


    2) Senaman regangan otot peha.

      
   3) Senaman keseimbangan.



4) Ultrasound




BAGAIMANA MENCEGAH RUNNER’S KNEE?

Ada banyak yang boleh dilakukan untuk mencegah Runner’s knee.


1. Pastikan otot paha cukup kuat iaitu dengan melakukan regangan dengan kerap.

2. Gunakan orthotics untuk kasut anda jika anda mempunyai kaki rata atau masalah kaki yang lain yang boleh membawa kepada Runner’s Knee.

3. Pastikan kasut anda mempunyai sokongan yang cukup.

4. Elakkan berlari di atas permukaan keras, seperti konkrit.

5. Menjaga berat badan yang sihat.

6. Jangan meningkatkan intensiti latihan dengan mendadak. Buat perubahan secara perlahan-lahan.

7. Pakai pendakap lutut semasa bersenam, jika anda pernah mendalami Runner’s knee sebelum ini.

8. Gunakan kasut sukan berkualiti semasa melakukan aktiviti fizikal dan hentikan penggunaan kasut tersebut apabila tapak dan bentuknya telah berubah atau rosak.


No comments:

Post a Comment

More Post