[7 MANFAAT MENAIKI TANGGA]



Setiap orang akan memilih perkara yang mudah untuk dilakukannya. Contohnya, apabila berjalan dan anda terjumpa escalator, dan sebelahnya adalah tangga. Jadi, sudah semestinya anda memilih untuk menaiki eskalator, kerana ingin mahu cepat, bukan?


Tahukah anda, menaiki tangga adalah satu bentuk senaman yang sangat mudah dilakukan. Ianya adalah salah satu senaman kardiovaskular.Jadi, jika anda malas melakukan senaman lain, sudah memadai untuk anda melakukan senaman menaiki tangga sewaktu di pejabat.


 Sekiranya anda tinggal di rumah yang mempunyai tangga, anda boleh menggunakannya sebagai lokasi dan alat senaman terbaik tanpa perlu keluar dari rumah. Ia ternyata langkah paling mudah dan sesuai dilakukan khususnya pada individu yang sering memberi alasan tidak mempunyai masa atau tidak sempat ke pusat kecergasan.


Jom kita ketahui manfaat dan kelebihan menaiki tangga yang anda tidak tahu: 


1.  Membakar kalori

Sebuah penelitian menunjukkan bahwa kebiasaan naik tangga dapat membakar lebih banyak kalori per menit daripada jogging. Setiap satu langkah naik maupun turun sama-sama dapat membakar kalori. Hanya saja, kalori yang terbakar akan lebih banyak dan cepat saat Anda naik daripada saat turun. Ini karena tekanan yang diberikan oleh tubuh saat mendaki tentu akan lebih besar daripada saat menuruni tangga.



2. Menyihatkan jantung.

Naik tangga dapat meningkatkan kesehatan organ jantung dan paru-paru, sehingga melancarkan aliran darah yang membawa oksigen ke jantung. Alhasil, jantung Anda akan semakin sehat dan terhindar dari risiko penyakit jantung.



3. Membantu meningkatkan pernafasan


Apabila anda menaiki tangga, paru-paru akan bekerja keras untuk membantu pengaliran keluar masuk oksigen dan karbon dioksida. Jadi, ianya akan meningkatkan system pernafasan ke tahap paling optimum.



 4.   Mencegah gangguan saluran darah 


Salur darah tidak akan terganggu kerana tiada lagi masalah seperti arteriosclerosis, iaitu lemak jahat menebal di dinding salur darah. Apabila anda menaiki tangga, ianya boleh membakar lemak sekali gus menghilangkan lemak di dalam saluran darah.




5.  Mencegah risiko strok


Menaiki tangga sangat memberi kesan yang baik kepada jantung.  Kesihatan jantung sangat berkait rapat dengan risiko strok. Jadi apabila jantung sihat, kurangnya risiko terkena strok.


6.   Menguatkan otot kaki.


Saat Anda naik tangga, sistem tulang dan otot di seluruh tubuh ikut bergerak aktif. Bermula dari otot kaki, otot lengan, hingga otot punggung. Semakin banyak pergerakan tulang dan otot, maka ini akan bermanfaat untuk menurunkan risiko  tulang rapuh atau osteoporosis.





7.  Melawan sifat malas.


Pada zaman yang serba moden ini membuatkan ramai orang menjadi malas bergerak. Itulah sebabnya mengapa ramai masyarakat kita mengalami obesity, iaitu berpunca daripada sifat malas untu melakukan senaman.
Maka , ubah lah tabiat malas anda kerana malas merupakan satu tabiat yang paling buruk. Ianya haruslah dilawan supaya hidup kita sentiasa produktif dan menjadikan kita lebih sihat.





No comments:

Post a Comment

More Post