#TESTIMONI_FLEX [Peliklah Rawatan Kat Sini. Nak Kata Urut Macam Bukan Urut]

Peliklah Rawatan Kat Sini. Nak Kata Urut Macam Bukan Urut


Seorang pesakit lutut ini, pakcik R sudah berjaya membebaskan dirinya dari masalah yang dah bertahun-tahun lamanya.
.
Saya dah lama sangat sakit lutut. Dah bertahun tahun saya solat atas kerusi sebab lutut tak boleh nak lipat habis. Selain tu, nak pergi berkebun dan uruskan ternakan belakang rumah pun jadi susah. Bila berdiri lama rasa sakit kat belakang betis dan peha. Kadang kadang tu kaki saya ni akan bengkak dan pergerakan lutut saya ni jadi terbatas. Sejak saya sakit ni, isteri saya yang banyak uruskan tanaman dan haiwan ternakan tu.

 
KEADAAN Lutut Normal dan Lutut Kurang Gel

Ada satu hari tu, masa saya pergi solat kat surau, jiran saya menegur bertanyakan khabar. Beliau ada berikan cadangan agar saya pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah pusat rawatan fisioterapi di Wakaf Che Yeh. Beliau menceritakan pengalaman membawa ayahnya yang juga sakit lutut untuk buat rawatan fsioterapi di sana. Kini, ayahnya dah boleh berjalan jauh tanpa menggunakan tongkat.
.
Pada mulanya, saya rasa berat hati nak pergi sebab saya rasa dah tak boleh baik dah kot. Doktor pun kata gel dalam lutut dah kurang. Jadi, bila nak lipat lutut rasa sakit sebab tulang lutut dah bergesel dengan tulang betis.

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini

Tapi, isteri saya minta saya pergi juga sebagai ikhtiar. Akhirnya saya gagahkan diri ke Wakaf Che Yeh. Alhamdulillah rezeki saya sebab semasa sampai di sana, terapis ada yang slot kosong. Jadi, saya boleh terus lakukan rawatan pada hari tersebut.
.
Terapis yang merawat saya bertanyakan beberapa soalan mengenai masalah saya. Kemudian, sebelum terapis memulakan rawatan, dia menerangkan terlebih dahulu rawatan yang sesuai dengan sakit saya supaya saya faham teknik teknik rawatan yang digunakan.
.
Sewaktu rawatan, terapis fokus pada lutut saya. Memang setiap tempat yang terapis tu tekan, kena tepat dekat tempat saya sakit dan meredakan ketegangan otot lutut saya. Nak kata urut, macam bukan urut. Memang pelik lah teknik yang digunakan tu. Saya tak pernah jumpa rawatan fisio jenis macam ni.
Terapis tu ada juga cerita, teknik yang digunakan tu berasal dari luar negara dan memang mereka belajar di universiti mereka. Sesi pertama berlangsung dengan baik selama satu jam. Terapis pun ada bagi senaman mudah untuk saya buat di rumah. Selesai satu rawatan tu, saya rasa ringan sikit nak berjalan.
.
Alhamdulillah, hasilnya…lepas 5x menjalani sesi rawatan, syukur sangat sangat dengan izin Allah kaki yang selama ni tak boleh nak lipat akhirnya boleh lipat. Terapis tu kata, otot di sekeliling lutut tu dah mengeras. Jadi, dengan sesi yang berbaki lagi ni, boleh fokus senaman kuatkan otot di bahagian lutut pula.
.
Saya baru tahu fisioterapi boleh rawat masalah sakit lutut saya yang sudah bertahun tahun ni. Saya terus recommend Flex Physiotherapy ni kepada saudara mara dan kawan kawan masjid yang lain. Sekarang saya dah boleh solat seperti biasa dan uruskan kebun tanpa ada masalah lagi.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini
.
#theblueglovesphysio #rawatan #lenguhtangan #sakitbelakang #slipdisc#frozenshoulder #sakiturat #masalahsaraf #kebastangan #sakitleher#torticollis #fisioterapi #fisioterapikelantan #flexphysiotherapy#cervicalspondylosis #homephysiotherapy #physiotherapy#kelantanphysiotherapy #urutkelantan #fracture #rawatanpatah#physiotherapymalaysia #urutmoden #rawatanstrokedanurat #aclinjury#sportsinjury #promosi #testimoni

No comments:

Post a Comment

More Post