[5 Tips Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi]




Hipertensi atau tekanan darah tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana kebiasaannya  ianya tidak menunjukkan gejala yang jelas. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap tekanan darah tinggi adalah dengan mengukur tekanan darah.


Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai masalah darah tinggi.


Justeru, jika anda mengalami tekanan darah melebihi bacaan 140, hendaklah  segera merujuk pakar kerana bacaan berkenaan mendedahkan anda kepada komplikasi kesihatan lebih serius antaranya strok atau angin ahmar secara mengejut.


Jadi, jika anda mengalami masalah darah tinggi dan bacaan berubah-ubah dan tidak stabil, jom ikuti cara dibawah untuk menstabilkan semula bacan darah tinggi anda.



1.Kurangkan berat badan. Setiap kilogram berat yang hilang akan mengurangkan tekanan darah sistolik sebanyak satu milimeter mm Hg.


2. Makanan seimbang. Ambil makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak, kurangkan lemak tepu dan garam. Lebihkan makanan berpotasium seperti pisang, kentang, avokado dan sayuran hijau. Kurangkan gula dalam masakan dan elakkan menikmati makanan yang tinggi garam seperti ikan masin dan ikan jeruk.


3. Rehat yg cukup. Elakkan membuat perkara yang meletihkan badan kerana badan yang penat akan meningkatkan risiko tekanan darah menjadi tinggi.


4. Banyakkan  aktiviti fizikal. Individu berisiko  dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Apabila seseorang bersenam, denyutan nadi meningkat, pengaliran darah berjalan lancar dan membuka salur darah. Bersenam hendaklah dalam 90 hingga 150 minit seminggu.


5. Kawal pengambilan ubat. Ubat darah tinggi mestilah diambil dalam keadaan terkawal dan mengikut jadual. Pesakit darah tinggi tidak boleh menangguhkan untuk makan ubat kerana ianya berisiko untuk tekanan darah kembali tinggi.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment

More Post