[5 TIPS MENGURANGKAN GEJALA HIPOTENSI POSTUR]


[5 TIPS MENGURANGKAN GEJALA  HIPOTENSI POSTUR]






APA ITU HIPOTENSI POSTUR?


Hipotensi postur berlaku apabila terdapat penurunan tekanan darah dengan mendadak semasa pertukaran postur daripada posisi baring ke posisi berdiri.

Apabila ini berlaku, anda mungkin akan berasa pening dan kadang-kadang akan mengakibatkan pitam tetapi dalam masa sekejap sahaja. Gejala ini berlaku dengan serta-merta selepas pertukaran postur, atau dalam jangka masa 5 hingga 10 minit selepas pertukaran postur.

Terjadi keranana ketika berdiri,darah akan berkumpul banyak  di bahagian bawah akibat daya graviti dan mengurangkan peredaran darah ke  bahagian atas seperti otak dan jantung. Jadi,apabila ,ketika peredaran  darah tidak mencukupi maka muncul  lah gejala-gejala hipotensi postur ini.


GEJALA-GEJALA HIPOTENSI POSTUR



Apabila anda duduk atau berdiri dari posisi berbaring, anda mungkin mengalami tanda-tanda berikut:

- Rasa pening

- Penglihatan yang kabur

- Mual

- Badan lemah

- Rasa hendak pengsan

- Pitam


APAKAH PUNCA DAN  FAKTOR RISIKO HIPOTENSI POSTUR?

Punca utama ialah:

- Dehidrasi atau badan kekurangan kandungan air. Ini mungkin berlaku jika anda tidak mengambil air yang cukup, mengeluarkan terlalu banyak air kencing atau jika anda kehilangan sejumlah besar darah.

Faktor risiko hipotensi ortostatik pula  ialah:

- Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas . Ini kerana apabila sudah berusia,jantung akan semakin lemah ,dan  tekanan darah an kasemakin rendah.

- Mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu seperti ubat yang digunakan untuk mengubati -tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, seperti diuretik, alpha blockers, beta blockers, calcium channel blockers, inhibitor angiotensin-converting enzyme (ACE) dan nitrat.


BAGAIMANA  BOLEH MENCEGAH ATAU MENGURANGKAN GEJALA HIPOTENSI POSTUR?



1) Bangun secara perlahan daripada posisi duduk atau berbaring bagi memberi badan anda masa yang cukup untuk menyesuaikan diri. Ini adalah penting terutamanya apabila anda bangun dan turun dari katil pada waktu pagi kerana badan anda telah berada pada posisi baring untuk masa yang lama.



2) Semasa berdiri, pastikan ada sesuatu yang stabil berdekatan dengan anda untuk dipegang sekiranya anda mula berasa pening.


3) Elakkan aktiviti berat yang boleh membawa kepada peluh berlebihan semasa cuaca panas.



4) Minum air yang mencukupi.



5) Elakkan minum minuman beralkohol berlebihan. 



6) Tidur dalam posisi meninggikan kepala dan apabila bangun tidur, biarkan kaki anda tergantung turun daripada katil dahulu.



7) Melakukan senaman regangan selepas bangun tidur dan sebelum berdiri.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI
.
.

#theblueglovesphysio #rawatan #lenguhtangan #sakitbelakang #slipdisc #frozenshoulder #sakiturat #masalahsaraf #kebastangan #sakitleher #torticollis #fisioterapi #fisioterapikelantan #flexphysiotherapy #cervicalspondylosis #homephysiotherapy #physiotherapy #kelantanphysiotherapy #urutkelantan #fracture #rawatanpatah #physiotherapymalaysia #urutmoden #rawatanstrokedanurat #aclinjury #sportsinjury #promosi #testimoni



No comments:

Post a Comment

More Post