Masalah Berjalan Dalam Kalangan Warga Emas


Masalah Berjalan Dalam Kalangan Warga Emas


Pengenalan





PERATUSAN Penduduk Malaysia yang Berumur 60 Tahun Ke Atas



Seramai 35% peratus warga emas berumur 70 tahun dan ke atas mengalami masalah berjalan.  Masalah berjalan melibatkan banyak faktor contohnya, kelajuan berjalan (kelajuan berkurangan), kehilangan keseimbangan dan koordinasi pergerakan. Untuk warga emas, kelajuan berjalan, masa bangun dari posisi duduk dan kebolehan untuk menyeimbangkan badan adalah tanda-tanda penting pada kebolehan warga emas melakukan aktiviti seharian seperti membeli-belah, memandu, memasak dan lain-lain. Kebolehan untuk berjalan tanpa bantuan memerlukan daya tumpuan yang baik, kekuatan  dan kawalan otot yang kuat agar rangsangan deria rasa dan pergerakan otot dapat dikoordinasi dengan baik.

Sebab-sebab masalah berjalan


Masalah berjalan  dikalangan warga emas selalunya disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan gangguan atau ketidakseimbangan gait adalah:




SIMPTOM Parkinson


  • Penyakit Neurodegeneratif seperti Penyakit Parkinson, angin ahmar/strok, penyakit cerebelar dan nyanyuk.
  • Masalah Otot dan Tulang seperti perubahan  degeneratif pada sendi buku lali, lutut atau pinggung dan menjadi bongkok.
  • Kekurangan deria rasa seperti masalah penglihatan.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan dan alkohol




PUNCA Masalah Berjalan, Jatuh

  • Masalah psikiatrik seperti takut jatuh.
  • Sebab-sebab lain seperti kecederaan.

Diagnosis


Doktor akan mengenalpasti sebanyak mungkin  faktor-faktor penyumbang terhadap masalah berjalan.
Diagnosis boleh dikenalpasti melalui cara:
  • Perbincangan dengan doktor mengenai segala kerisauan dan masalah berkaitan pergerakan/mobility. Sasaran mengenai apa yang boleh dan perlu dicapai juga akan dibincangkan.
  • Doktor juga akan membuat pemerhatian  ke atas cara anda berjalan sama anda dengan atau tanpa alat bantuan .
  • Penilaian ke atas semua masalah berkaitan gait akan dijalankan. .
Penilaian secara menyeluruh termasuklah:
  • Sejarah pesakit– Meliputi sejarah perubatan lampau dan isu-isu berkaitan gait. Contohnya sejarah jatuh yang terdahulu, kesukaran semasa menaiki tangga atau bangun daripada posisi duduk. Pening semasa perubahan posisi (contohnya dari duduk ke bangun) Juga akan ditanya.  Sejarah pengambilan ubat-ubatan adalah penting; contohnya ubat anti psikotik mungkin menyebabkan cara berjalan warga emas seperti pesakit Parkinson.
  • Pemeriksaan Fizikal– Pemeriksaan fizikal yang teliti perlu dilakukan dengan perhatian khas pada pemeriksaan sistem otot dan tulang, sistem saraf dan kognitif.




BERJALAN Menggunakan Tongkat

  • Penilaian cara berjalan– Penilaian cara berjalan secara rutin boleh dilakukan oleh doktor di klinik kesihatan primer tetapi masalah berjalan yang lebih kompleks perlu dinilai oleh doktor pakar.
  • Pengimejan– Pengimejan kadang-kadang perlu dijalankan, contohnya CT scan atau MRI otak dilakukan untuk mengenalpasti masalah pada bahagian otak.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Komplikasi masalah berjalan





Pengurangan pergerakan disebabkan oleh masalah berjalan boleh menjejaskan kualiti hidup warga emas dan meningkatkan morbiditi dan kematian disebabkan oleh jatuh.

Rawatan


Rawatan adalah bergantung  kepada masalah yang telah dikenalpasti dan terdiri daripada rawatan fisioterapi, ubat-ubatan dan terapi tingkahlaku. Jika aktiviti fizikal yang membabitkan pengembangan otot seperti mengelap lantai dan naik turun tangga dilakukan secara berterusan mengikut jangka masa yang ditetapkan, ia juga boleh menjadi satu senaman. Sesetengah intervensi boleh menyebabkan penambahbaikan cara berjalan dan fungsi warga emas, contohnya:




SENAMAN Kekuatan

  • Latihan kekuatan

    Program senaman boleh membantu warga emas yang mempunyai masalah pergerakan. Senaman ini boleh meningkatkan kekuatan dan kelajuan berjalan, terutamanya untuk warga emas dengan pergerakan yang perlahan. Walaubagaimanapun, ini perlu dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan untuk mengelakkan warga emas berasa letih. Ini juga disebabkan warga emas mungkin mempunyai penyakit lain termasuklah penyakit jantung.
  • Latihan keseimbangan

    Pesakit warga emas dengan masalah keseimbangan boleh mendapat faedah dengan latihan keseimbangan. Latihan keseimbangan merupakan latihan yang paling penting untuk mengurangkan risiko jatuh dalam kalangan warga emas.
  • Alat-alat bantuan

    Alat-alat bantuan boleh menolong warga emas mengekalkan keupayaan bergerak dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Contoh alat bantuan ialah tongkat.

Pencegahan



LATIHAN Berjalan Di Rumah

Bagi warga emas, peningkatan aktiviti fizikal boleh membantu mengekalkan kebolehan bergerak. Pesakit perlu dinasihatkan untuk meningkatkan kelajuan dan tempoh berjalan secara beransur-ansur dalam beberapa bulan. Pencegahan masalah berjalan termasuklah senaman dan latihan keseimbangan.


Kredit kepada : Portal KKM



Ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment

More Post