[5 Manfaat Berjalan Kaki]




Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkatumur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-manasahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.

Jadi tiada lagi alasan untuk kita malas bersenam kerana senaman berjalan kaki ini ialah senaman yang paling mudah untuk dilakukan. Pelbagai manfaat yang dapat diperolehi daripada senaman ini.


MANFAAT BERJALAN KAKI


1) Mengurangkan risiko penyakit 3 serangkai. (jantung, darah tinggi, diabetes)


2) Membakar kalori.Berjalan kaki termasuk dalam kategori senaman kardio. Jika anda berjalan dengan cepat, sebanyak 100 hingga ke 300 kalori mampu dibakar dalam tempoh 30 minit berjalan. Oleh itu, ianya sekali gus dapat menurunkan berat badan anda.


3) Meningkatkan tahap metabolism. Bersenam dan berjalan kaki juga meningkatkan tahap metabolisme badan seseorang dalam melawan penyakit ringan seperti batuk, demam dan selesema.



4) Memperkuatkan tulang dan sendi .Aktiviti itu juga boleh melatih kita menahan beban tubuh sendiri dan kerana itu juga ia sekaligus memperkuatkan tulang dan mencegah Osteoporosis.



5) Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yangmembuatkan kita lebih ceria dan sihat.



CARAMUDAH UNTUK BERJALAN


Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman berjalan ini sesuatu yang menyeronokkan, contohnya : 

1) Sekiranyakita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba kurangkan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. 

2) Letakkankereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagaicontoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk.

3) Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan disekeliling bangunan tempat kerja.

4) Bagiyang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi.Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda.Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.

5) Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.



TEKNIK-TEKNIK BERJALAN DENGAN BETUL



1) Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain.  Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.

2) Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalanbukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawahnamun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.

3) Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam posturyang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.

4) Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur.Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlumengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


Bahaya ! Menarik Lengan Anak Saat Bermain Berisiko Sendi Siku Teralih



Bahaya ! Menarik Lengan Anak Saat Bermain Berisiko Sendi Siku Teralih


Pernahkah anda melihat seorang bapa/ibu yang sedang menghayun anak kesayangannya dengan memegang kedua-dua belah tangan anaknya, seolah-olah kipas helikopter yang sedang berputar?


 


Niat beliau mungkin untuk menggembirakan anak beliau dan anak itu mungkin berteriak keseronokan. Namun, apa yang ibu bapa tidak tahu, ia boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soketnya. Sama juga keadaan sekiranya ibu bapa menyentap tangan anak-anak secara tiba-tiba. Contohnya ketika anak-anak sedang menangis degil di dalam kedai permainan atau ibu bapa nak selamatkan anak-anak daripada jatuh dalam lopak air. Antara sebab lain kerana:

  1. Anak terjatuh dari tempat tinggi dan anda menyambutnya dengan menangkap tangan
  2. Anda cuba mengangkat anak dengan menarik tangannya
  3. Anda menarik tangan anak dari baju
  4. Anda menghayun anak dengan lengan atau tangannya
  5. Anda menarik tangan anak untuk buat dia jalan lebih cepat
  6. Bayi bergolek dan tertindih tangan sendiri

Keadaan ini dikenali sebagai ‘radial head subluxation’. Kondisi ini juga disebut sebagai ‘Pulled elbow’, ‘Nursemaid’s elbow’ atau ‘Babysitter’s elbow’ kerana ia kerap berlaku ketika anak-anak malang ini berada dalam jagaan pengasuh.



 

 


Sendi siku kita terbentuk oleh 3 tulang utama iaitu tulang lengan (humerus), radius dan ulna. Tulang radius dan ulna ini dipegang oleh satu ligamen nipis yang dikenali sebagai Annular Ligament berhampiran sendi siku. Ia membentuk bulatan, meliliti kepala dan leher tulang radius, seterusnya membolehkan pergerakan memusingkan tangan dengan bebas.


 


Sebarang henjakan atau tarikan secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius ini terkeluar daripada Annular ligament. Ini akan menyebabkan tulang ini terkeluar, rasa sakit dan pergerakan siku dan tangan menjadi terbatas.

Ia boleh berlaku sepanjang usia kanak-kanak daripada lahir sehingga umur 7 tahun namun ia paling kerap berlaku pada kanak-kanak yang berusia 1 hingga 4 tahun. Pada usia ini, tulang dan otot anak-anak belum benar-benar matang dan keadaan ini memudahkan kecederaan ini berlaku.


Tanda-tanda Sendi Siku Teralih


Antara tanda-tanda tulang siku anak-anak teralih kerana ibu bapa menarik tangannya ialah apabila anak enggan menggerakkan tangan tersebut.
Malah, anak menangis tanpa henti selepas ibu bapa menarik tangannya atau ketika dia terjatuh. Tulang siku teralih sukar dikesan ibu bapa kerana tiada tanda-tanda bengkak, lebam atau terseliuh yang boleh mereka nampak.

Ibu bapa juga boleh melihat siku anak seakan bengkok dan tapak tangan mereka termasuk ke dalam.
Jangan cuba untuk memperbetulkan tulang siku yang lari dengan sendiri. Ia mampu memberi kesan yang lebih buruk!

Sekiranya ia berlaku, dapatkan rawatan di hospital dengan segera.



 



Lewat Mendapatkan Rawatan

Sesetengah ibu bapa yang lambat mendapatkan rawatan di hospital akan menyukarkan rawatan yang boleh diberi kepada anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak ke hospital kerana menyangka tiada kecederaan pada sendi berlaku, namun apa yang membuatkan kami terkilan ialah kerana, ada juga yang memilih untuk mendapatkan rawatan tradisional.

Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakkan sendi siku menjadi terbatas, bentuk siku yang bengkok dan tulang tertonjol. Namun, perkara yang paling kami mahu elakkan ialah kecederaan pada saraf Posterior Interosseous Nerve (PIN) yang boleh menyebabkan keadaan yang kami panggil finger drop. Finger drop ialah keadaan dimana pesakit tidak akan mampu mengangkat dan meluruskan jari-jari beliau akibat kerosakan saraf PIN ini. Kebarangkali sembuh bagi kerosakan saraf PIN adalah agak rendah.

Sekiranya dibiarkan, sendi ini akan menjadi longgar. Lebih malang lagi sekiranya anak-anak mendapat radang sendi siku atau Osteoarthritis akibat kelewatan ini.


Kesimpulan
Kesimpulannya, saya nasihatkan pembaca sekalian mengenai 3 perkara:
  1. Elakkan daripada menghayun anak-anak.
  2. Elakkan daripada menyentap atau menarik tangan anak-anak dengan keras.
  3. Sekiranya anda ingin mengangkat atau mendukung anak-anak, sentiasa mengangkat dengan memegang badan atau pada bahagian ketiak mereka. Elakkan cara mengangkat mereka ke atas dengan menarik tangan mereka.
Segera dapatkan rawatan di hospital sekiranya perkara ini terjadi. Rawatan awal menjamin hasil yang terbaik bagi anak kesayangan anda.

Hati-hati! 5 Perkara Ini Mungkin Punca Slipped Disc


Hati-hati! 5 Perkara Ini Mungkin Punca Slipped Disc



Punca biasa slipped disc ialah wear & tear. Apabila semakin meningkat dewasa, ia akan mengalami bengkak/koyak annulus fibrosis. Ini dipanggil Disc Degenaration. Ini adalah antara punca yang semua orang perlu ambil tahu terutamanya anak-anak muda.



1. Memandu


Selalu memandu terutama jarak jauh. Duduk lama semasa memandu & postur semasa memandu akan memberi kesan kepada tulang belakang.



2. Trauma


Pernah mengalami trauma/ jatuh/ kemalangan.



3. Pemakaian Kasut


Mungkin selepas ini anda perlu tukar kasut tinggi kepada yang rendah pula. Hal ini kerana, pemakaian kasut tumit tinggi paling banyak mengundang kepada sakit belakang. Kasut tumit tinggi akan membuatkan tubuh badan lebih condong ke hadapan sehingga membuatkan tulang belakang bekerja dengan lebih kuat. Tukarlah kasut anda, jangan tunggu sakit belakang menjadi lebih teruk!



4. Angkat Barang Berat


Kerja/aktiviti yang berulang-ulang melibatkan belakang seperti angkat belakang/membongkok. Postur semasa mengangkat barang juga amat penting untuk mengelak terkena slipped disc.



5. Gaya Hidup


Biasanya, kalau kita sakit belakang pasti kita akan baring dan berehat kan? Tapi sebenarnya, kita perlu melakukan ativiti senaman untuk cepat sembuh.


Leher Hingga Paras Pinggang Jadi Kejang Sampai Aku Tak Mampu Bangun Hampir Sejam Lamanya.




Leher Hingga Paras Pinggang Jadi Kejang Sampai Aku Tak Mampu Bangun Hampir Sejam Lamanya.



Pengenalan

Fibromyalgia adalah gangguan dicirikan oleh kesakitan pada otot secara meluas disertai oleh keletihan, gangguan tidur, ingatan dan emosi. Penyelidik percaya bahawa fibromyalgia menguatkan rangsangan kesakitan dengan mempengaruhi cara otak memproses isyarat kesakitan.






Gejala ini kadang- kala terjadi selepas berlakunya kecederaan fizikal, pembedahan, jangkitan atau tekanan psikologi yang ketara. Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk menghidap fibromyalgia berbanding lelaki. Mereka selalunya akan keletihan, sakit kepala dan kesulitan untuk tidur serta fungsi kognitif yang rendah.
Fibromyalgia dicirikan oleh kesakitan jangka panjang dan meluas dalam otot dan tisu penghubung, tanpa sebarang sebab tertentu.


Simptom

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa fibromyalgia sebenarnya dapat menguatkan rasa sakit dengan memberi kesan kepada cara otak memproses isyarat rasa sakit. Simptom yang biasa termasuklah :
  • Sakit kepala
  • Isu memori



  • Gangguan tidur
  • Kemurungan
  • Kebimbangan yang tinggi
  • Kejang di bahagian bawah abdomen
  • Kesakitan kronik
Sesetengah pesakit mengalami kekakuan pada waktu pagi, rasa seperti mati dan kesemutan pada kaki serta kepekaan kepada objek yang bunyi kuat, lampu dan suhu yang tinggi.
Sementara itu, fibromyalgia syndrome (FMS) adalah bentuk fibromyalgia di mana sakit dan kekakuan berlaku pada otot, tendon, dan ligamen di seluruh badan, disertai oleh gejala umum seperti keletihan, gangguan tidur, gangguan mood dan kesulitan kognitif.


Punca Fibromyalgia

  • Keturunan
  • Alahan kepada bahan kimia
  • Kepekaan atau alahan makanan
  • Virus
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Pencernaan yang lemah
  • Misalignments tulang belakang
  • Tekanan
  • Kekurangan neurotransmitter
  • Penyakit trauma dan tekanan (PTSD)



Rawatan Fisioterapi


1. Latihan Peregangan

Latihan peregangan yang hebat untuk fibromyalgia adalah untuk berbaring di belakang dan bengkokkan lutut anda dekat ke dada anda, memegang kedudukan selama kira-kira 30 saat, dan kemudian bengkokkan lutut anda ke sebelah kanan sambil memutar kepala anda ke lengan kiri, yang mesti diregangkan pada sudut 90 darjah ke badan, memegang kedudukan selama kira-kira 30 minit. Latihan ini juga harus diulang ke sisi lain.


2. Hidroterapi

Hidroterapi, fisioterapi akuatik adalah aktiviti terapeutik yang terdiri daripada melakukan senaman di dalam kolam renang dengan bantuan ahli fisioterapi.





Air membolehkan pencapaian latihan amplitud yang lebih besar, mengurangkan kesakitan dan keletihan dan meningkatkan kualiti tidur. Dengan teknik ini, pengukuhan otot, meningkatkan amplitud bersama, peningkatan peredaran darah dan peredaran darah, dan rasa sakit dan tekanan yang menurun. 


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


3. Urut

Urutan, jika dilakukan dengan baik, menggalakkan kelonggaran otot, meningkatkan kualiti tidur, melawan keletihan dan mengurangkan kesakitan.


4. Alat elektroterapi

Peralatan elektroterapi, seperti TENS, boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan pada titik fibromyalgia yang menyakitkan dan meningkatkan peredaran tempatan.


Rawatan Lain untuk Membantu Fibromyalgia




  • Yoga

Penyelidik dari Jabatan Psikologi di York University di Toronto, Kanada telah mendapati bahawa yoga meningkatkan beberapa gejala fibromyalgia biasa. Dalam kajian ini, peserta mengambil bahagian dalam 75 minit yoga dua kali seminggu selama lapan minggu dan melaporkan kesakitan yang lebih baik, fungsi kognitif dan tahap kortisol.

  • Tai ChiPercubaan klinikal yang diterbitkan di New England Journal of Medicine mendapati bahawa tai chi boleh membantu orang dengan fibromyalgia. Penambahbaikan yang ketara diukur dalam kesakitan, kualiti tidur, kemurungan dan kualiti hidup keseluruhan. Peserta dalam percubaan ini mengamalkan tai chi selama 60 minit dua kali seminggu selama 12 minggu dan pada 24 minggu penambahbaikan yang diukur kekal dikekalkan.

Secara konsisten, para profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia mengesyorkan rawatan pelengkap yang termasuk diet, perubahan gaya hidup dan suplemen semula jadi. Kuncinya adalah untuk mencari kombinasi yang betul dari unsur-unsur ini yang berfungsi untuk membantu melegakan gejala fibromyalgia anda.

Pencegahan



Fibromyalgia tidak boleh dielakkan, dan ia boleh menjadi sukar untuk merawat. Untuk membantu mengurangkan kesan fibromyalgia, anda mungkin mahu :
·         Dapatkan tidur yang cukup. Merawat gangguan tidur disebabkan oleh fibromyalgia boleh membantu meringankan kesakitan dan keletihan.
·         Dapatkan latihan senaman. Walaupun kesakitan dan keletihan boleh membuat aktiviti senaman harian lebih sukar, namun ia adalah penting untuk menjadikan anda seaktif yang mungkin.
·         Membuat perubahan di tempat kerja. Anda boleh menyusun dan menyesuaikan semula ruang kerja anda, supaya dapat mengurangkan masa melakukan sesuatu proses kerja seterusnya menjimatkan tenaga.
·         Makan dengan baik. Bukan sahaja pemakanan yang betul akan memberikan anda lebih banyak tenaga dan membuat anda berasa lebih baik, malah ia juga akan membantu anda mengelakkan masalah kesihatan yang lain.
·         Mengurangkan tekanan. Berhati-hati agar tidak membebankan diri sendiri. Tetapkan matlamat yang munasabah dan luangkan sedikit masa untuk berehat setiap hari.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


Dah Banyak Kali Aku Terjatuh Dan Terlanggar Dinding Sebab Hilang Keseimbangan Badan




Dah Banyak Kali Aku Terjatuh Dan Terlanggar Dinding Sebab Hilang Keseimbangan Badan


Hilang keseimbangan badan bukanlah satu perkara yang remeh. Mungkin orang sekeliling nampak macam biasa tetapi sebenarnya hilang keseimbangan amat mengganggu dalam kehidupan seharian. Bila berjalan di tempat yang sesak, sibuk pesakit yang mengalami masalah ini mesti berwaspada sebab lagi tinggi risiko untuk jatuh.

Jom kita baca dengan lebih lanjut mengenai masalah hilang keseimbangan ini.




Pengenalan






Neuroma akustik adalah tumor yang tumbuh secara perlahan pada saraf keseimbangan (vestibular) atau saraf penghubung telinga dengan otak. Tumor otak ini atau dalam istilah perubatan disebut juga vestibular schwannoma ini tumbuh dari sel Schwann, sel yang menutupi saraf keseimbangan. Akibatnya, fungsi pendengaran dan keseimbangan tubuh manusia menjadi terganggu.


Penyakit neuroma akustik umumnya menyerang orang dewasa antara usia 30-60 tahun dan lebih ramai dialami kaum wanita. Sebahagian besar tumor otak  ini berkembang secara perlahan dan jarang tersebar ke bahagian tubuh lain. Namun demikian, neuroma akustik dapat menjadi masalah serius jika pertumbuhan tumor menjadi sangat besar dan menekan brain stem. Kondisi ini dapat membahayakan nyawa kerana brain stem yang mengawal fungsi vital tubuh.


Gejala Neuroma Akustik


  • Kehilangan pendengaran secara bertahap atau mendadak. Biasanya kondisi ini terjadi pada salah satu telinga.
  • Kehilangan keseimbangan.
  • Vertigo.
  • Tinnitus.
Jika ukuran tumor neuroma akustik sangat besar, beberapa gejala lainnya juga akan muncul. Di antaranya adalah sakit kepala secara berterusan, gangguan koordinasi anggota badan (ataxia) pada salah satu sisi tubuh, penglihatan terganggu atau tidak dapat melihat dengan jelas, suara serak atau susah untuk menelan, kelumpuhan, sakit, atau kebas pada salah satu sisi wajah.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


Komplikasi Neuroma Akustik

Neuroma akustik berisiko menyebabkan berbagai komplikasi yang dapat bersifat kekal, seperti:


  • Telinga berdengung.
  • Kebas dan kelumpuhan pada otot wajah.
  • Gangguan keseimbangan.
  • Kehilangan pendengaran.
  • Hidrocephalus. Ini disebabkan penekanan tumor besar pada brain stem sehingga menghalangi aliran cairan serebrospinal, iaitu cairan yang mengalir di antara otak dan tulang belakang.


Apakah Rawatan Fisioterapi?


Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.
Rawatan adalah melibatkan latihan :

·         Habituation

·         Penyesuaian



·         Keseimbangan.
·         Gaya berjalan.
·         Kekuatan otot.
·         Fleksibiliti


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI




[5 Tips Menstabilkan Tekanan Darah Tinggi]




Hipertensi atau tekanan darah tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana kebiasaannya  ianya tidak menunjukkan gejala yang jelas. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap tekanan darah tinggi adalah dengan mengukur tekanan darah.


Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai masalah darah tinggi.


Justeru, jika anda mengalami tekanan darah melebihi bacaan 140, hendaklah  segera merujuk pakar kerana bacaan berkenaan mendedahkan anda kepada komplikasi kesihatan lebih serius antaranya strok atau angin ahmar secara mengejut.


Jadi, jika anda mengalami masalah darah tinggi dan bacaan berubah-ubah dan tidak stabil, jom ikuti cara dibawah untuk menstabilkan semula bacan darah tinggi anda.



1.Kurangkan berat badan. Setiap kilogram berat yang hilang akan mengurangkan tekanan darah sistolik sebanyak satu milimeter mm Hg.


2. Makanan seimbang. Ambil makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak, kurangkan lemak tepu dan garam. Lebihkan makanan berpotasium seperti pisang, kentang, avokado dan sayuran hijau. Kurangkan gula dalam masakan dan elakkan menikmati makanan yang tinggi garam seperti ikan masin dan ikan jeruk.


3. Rehat yg cukup. Elakkan membuat perkara yang meletihkan badan kerana badan yang penat akan meningkatkan risiko tekanan darah menjadi tinggi.


4. Banyakkan  aktiviti fizikal. Individu berisiko  dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Apabila seseorang bersenam, denyutan nadi meningkat, pengaliran darah berjalan lancar dan membuka salur darah. Bersenam hendaklah dalam 90 hingga 150 minit seminggu.


5. Kawal pengambilan ubat. Ubat darah tinggi mestilah diambil dalam keadaan terkawal dan mengikut jadual. Pesakit darah tinggi tidak boleh menangguhkan untuk makan ubat kerana ianya berisiko untuk tekanan darah kembali tinggi.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


Betul Ke Duduk Cara Salah Ni Lagi Bahaya Daripada Apa Yang Kita Sangka?




[ Betul Ke Duduk Cara Salah Ni Lagi Bahaya Daripada Apa Yang Kita Sangka? ]




Ini adalah satu kenyataan yang mana postur badan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian. Penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita. Namun, dalam keadaan sedar tak sedar, masih ramai tidak menyedari mereka mempunyai postur badan yang salah dan mengabaikan penjagaan postur badan yang mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan.


Postur badan yang salah merupakan wabak kesihatan moden yang jauh lebih bahaya daripada sangkaan orang ramai. Hal ini terjadi berikutan gaya hidup masyarakat kini yang semakin tidak aktif atau sedentari.


Apa kesan buruk akibat daripada postur badan yang salah ni? Jadi, posting kali ini saya nak kongsi info 5 kesan buruk akibat postur badan yang salah. Haa…Sebelum tu, cuba anda tengok depan cermin, bagaimana postur badan anda sekarang? Atau anda sedang baca ni sambil duduk membongkok? Hmmm…



1)      Menyekat Sistem Penghadaman




-          Badan yang membongkok boleh membawa kepada sistem penghadaman yang teruk. Bila dalam keadaan sebegini, usus pun akan terlipat sama. Hal ini dikatakan oleh Steven Weiniger seorang penulis “Stand Taller-Live Longer.” Bila duduk atau berdiri dalam keadaan membongkok, ia memperlahankan proses system penghadaman, sebab itu ada sesetengah orang badannya tak gemuk tapi perut buncit.



2)      Memberi kesan terhadap Mood Anda





-          Nampak macam tak logik kan postur yang salah boleh mengganggu mood? Satu kajian di US telah membuktikan bahawa orang yang berjalan membongkok mengalami masalah depressi dan nampak tidak bermaya berbanding dengan orang yang berjalan secara normal. Bila berjalan dalam keadaan bahu membongkok, secara automatik muka akan jadi muram.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI



3)      Menjejaskan Prestasi Kerja








-          Bila masuk pejabat dengan postur badan yang teruk, orang akan nampak berjalan macam orang malas. Seorang penulis postur ‘Get It Straight’ berkata, “The best way you can improve your posture for the long term is by strengthening your muscles mid-back.” Apa yang nak dimaksudkan adalah kena buat senaman 😊 Memperbaiki postur badan bukan sekadar mengubah cara duduk atau berdiri. Perkara penti adalah menguatkan otot teras dengan cara yang terbaik untuk kesihatan dan keselesaan.



4)      Spider-veins






-          Duduk lama ni bukan sahaja punggung yang jadi kebas tapi kaki dan satu badan pun boleh jadi kebas. Betul kan? Kadang-kadang tu sampai bahu pun jadi lenguh dan sakit leher. Orang yang dah terbiasa duduk dengan silang kaki sangat mudah nak dapat spider veins. Kenapa? Sebab darah dan segala cecair dalam badan susah nak mengalir dengan lancar. Haaa. Takut tak? Tak sangka hanya dengan postur badan yang salah, teruk juga kesannya kepada tubuh badan. Pastinya kita tak nak semua ni terjadi dekat badan kita. Apatah lagi pada usia muda ni.



5)      Bertambah Stress







-          Nak relaks kenalah duduk tegak. Pernah tak rasa lenguh-lenguh masa duduk dalam keadaan yang lama? Mulalah nak cari dan betulkan posisi duduk dan rasa macam nak baringkan badan. Bila badan rasa sakit, akan bertambahnya tekanan perasan serta badan pula akan keletihan. Jadi, jagalah kesihatan tubuh badan anda untuk mengelakkan tekanan perasaan.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



More Post