[5 Panduan Penjagaan Kaki Untuk Wanita]





Wajah dan bentuk badan cantik tidak memberikan apa-apa makna sekiranya kaki tidak dijaga rapi yang akhirnya meninggalkan kemudaratan pada kesihatan seseorang.

Ramai orang tidak mengambil serius tentang masalah kaki ini. Akhirnya mulalah kaki menjadi sakit, bengkak, lenguh-lenguh sehingga menjejaskan aktiviti seharian.

Apabila kaki sakit,kita tidak lagi dapat bergerak pantas yang akhirnya menyebabkan tugasan harian sama ada di rumah atau pejabat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

PANDUAN PENJAGAAN KAKI


Terdapat 5 panduan penjagaan kaki yang betul untuk memastikan kaki dalam keadaan sihat.




1. Periksa kaki setiap hari

Periksa kaki setiap hari untuk memeriksa sama ada kaki luka, melecet, tanda merah atau bengkak tanpa kita sedar. Gunakan cermin untuk melihat tapak kaki atau meminta tolong dari ahli keluarga jika kita tidak dapat melihat kaki dengan jelas.




2. Basuh kaki setiap hari

Membasuh kaki dengan menggunakkan air suam tetapi elakkan menggunakan air panas. Lap kaki terutama di celah jari sehingga kering. Kaki yang lembap boleh menyebabkan ia berbau dan membuat tempat pembiakan bakteria.




3. Pakai kasut dan stoking

Elakkan berkaki ayam walaupun berada di dalam rumah. Bagi adat orang Melayu, saranan ini mungkin agak janggal tetapi ia sangat penting kepada pesakit diabetes. Pilih kasut yang selsea juga sangat penting, ia boleh melindungi kaki kita sepenuhnya. 

Sebelum memakai kasut, pastikan tiada objek di dalamnya untuk elakkan kecederaan kaki.




4. Pastikan kulit kaki dalam keadaan lembut dan licin


Sapu losen atau minyak zaitun (boleh juga gunakan minyak bayi) pada bahagian atas dan bawah kaki tetapi bukan di celah jari.

Selain itu, gunakan batu pumis untuk menanggalkan kulit yang kasar, keras dan kematu. Caranya adalah rendamkan kaki dalam air suami selama 10 minit dan gosok batu pumis ini secara perlahan-lahan. Jangan gosok terlalu kuat, ia boleh terluka pada kaki. 

Selepas itu, cuci kaki dengan menggunakan sabun dan bilas sampai bersih. Kemudian lap sehingga kering dan sapukan losen.





5. Sentiasa aktif

Rancang aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan mengikut keadaan kesihatan kita. Kita boleh berbincang dengan doctor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Doktor akan gembira jika pesakitnya berusaha untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamal gaya hidup sihat. 

Sesekali sekala, jumpa doctor untuk memeriksa keadaan kaki.


Justeru itu,kita hendaklah mengikuti panduan-panduan di atas supaya kaki dalam keadaan sihat. Kita janganlah ambil mudah berkenaan kesihatan kaki kerana kaki merupakan anggota badan yang penting untuk bergerak dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment

More Post