[Kulit Abah Nampak Macam Merah-Merah dan Ada Luka Kecil. Kenapa Kulit Abah Macam Ini?]



Apa itu kudis tekanan atau bed sores? Kudis tekanan ialah kulit atau tisu yang tercedera disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama dan tidak berubah kedudukan. Kebanyakan kudis tekanan berlaku pada pesakit-pesakit lumpuh atau pesakit yang mengalami koma dan tidak mampu bergerak untuk mengubah kedudukan.




Antara tanda-tanda kudis tekanan akan berlaku ialah timbul warna kemerah-merahan pada bahagian yang berisiko.

Kawasan yang berisiko berlakunya kudis tekanan:

Ø  Telinga
Ø  Siku
Ø  Tumit
Ø  Punggung
Ø  Buku Lali

Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Kudis tekanan selalunya menyebabkan rasa sakit yang kuat.



 



1.       Ubah Posisi Badan Setiap 2 Jam

Ø  pesakit hendaklah diposisikan secara mengiring ke kanan atau ke kiri setiap 2 jam.
Ø  Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.
Ø  Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk mengelakkan kudis tersebut daripada tekanan



2.       Guna Alatan Yang Sesuai Contohnya Tilam Angin (Ripple Mattress)

Ø  tilam angin membantu mengurangkan tekanan padan badan yang berisiko terkena kudis tekanan berbanding tilam yang keras.
Ø  tilam angin dapat mengurangkan kesakitan akibat tekanan bdan.




3.       Jaga Kebersihan Pesakit (Elak Kulit Menjadi Lembap)

Ø  Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan pesakit berada di dalam kebasahan kerana ia akan luka semakin parah
Ø  Pastiakna kulit sentiasa dalam keadaan kering


4.       Jaga Kebersihan Tempat Pesakit

Ø  tukar cadar, dan baju pesakit untuk pastikan pesakit sentiasa bersih dan kering.
Ø  Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal




5.       Pastikan Pengambilan Pemakanan Yang Sihat Dan Berzat

Ø  Makanan yang berzat dapat memastikan pesakit dalam keadaan sihat.
Ø  Makanan yang berzat juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka.


Oleh itu, penjaga pesakit stroke haruslah peka dengan setiap keadaan pesakit. Pastikan pesakit dalam keadaan yang terbaik supaya proses pemulihan berlaku dengan cepat.


Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.


Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post