Kepala Berdenyut, Pening & Rasa Sakit di Belakang Leher. Waspada Gejala Sakit INI


Anda kerap sakit kepala?


Semua masalah ini berpunca daripada leher. Posisi/postur leher yang salah ketika bekerja menyebabkan leher anda sakit. Lama kelamaan otot leher akan menjadi keras dan tegang, sebab itulah sakit tersebut sampai naik ke kepala.

3 cara untuk kurangkan masalah sakit leher sekali gus menghilangkan rasa sakit kepala anda :



1.       Penggunaan pek panas dan pek sejuk


Pek sejuk dapat mengurangkan keradangan di kawasan leher yang sedang sakit. Manakala pek panas pula dapat melancarkan peredaran darah dan dapat mengurangkan lenguh2 pada leher.



2.       Postur yang betul


Semasa menggunakan gajet atau komputer, peralatan tersebut hendaklah pada paras mata, tidak membongkok hingga boleh membebankan leher.

Semasa mahu tidur, Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher. Kita juga Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama.




3.       Lakukan regangan dan urutan


Senaman regangan penting untuk melembutkan  otot yang tegang. Lakukan setiap sejam ketika anda sedang bekerja. Ini adalah untuk memastikan otot dalam keadaan lembut dan tidak tegang.

Rawatan urutan juga membantu untuk melembutkan otot-otot yang tegang di kawasan leher. Ianya juga dapat membantu anda lebih relaks.

Rawatan fisioterapi


Rawatan fisioterapi juga membantu dalam mengurangkan sakit leher.

Antara tujuan Rawatan Fisioterapi


1.     Untuk mengurangkan sakit dan inflamasi
2.     Untuk menguatkan otot leher
3.     Untuk mengekalkan julat pergerakan leher dan kepala
4.     Untuk meningkatkan julat pergerakan leher dan kepala
5.     Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit
6.     Untuk meningkatkan kesedaran pesakit tentang kondisi dan cara pencegahannya.




Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.


Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post