[Anak Sulong sy dah bermula berjalan tetapi kenapa dia jalan macam tak betul?]






5 Masalah Gaya Berjalan Dalam Kalangan Kanak-kanak (Gait) 


1.       Bowlegs (kaki melengkung keluar)
2.       Knock-knees (kaki bengkok ke dalam)
3.       Flatfeet
4.       Jalan berjengket
5.       Skoliosis

Ada kanak-kanak yang mulai berjalan sejak umur 9 bulan. Langkah yang kecil itu sudah menggembirakan ibubapa mereka. Namun, ibubapa harus peka dengan setiap perubahan pada tubuh badan anak-anak mereka. Ini kerana, apabila usia kanak-kanak meningkat, saiz badan mereka juga membesar.

Terdapat 5 masalah gaya berjalan yang biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Masalah ini berkaitan dengan sistem rangka dan otot pada badan kanak-kanak.  Kebanyakan masalah ini adalah bersifat sementara dan hanyalah sebahagian dari proses pembesaran.tetapi jika masalah tersebut terlalu serius, ianya harus diberikan rawatan segera.




1. Knock-Knees (Kaki Bengkok Ke Dalam)


- Masalah Ini Ialah Dimana Kedua-Dua Belah Kaki Bengkok Ke Dalam Dan Lutut Menyentuh Satu Sama Lain Menyebabkan Terdapat Jurang Antara Buku Lali Apabila Anak Anda Berdiri.
-  Kebanyakan Kanak-Kanak Mengalami Masalah Ini Di Antara Umur 3 Hingga 5 Tahun.
- Apabila Mereka Berumur 6 Tahun, Bentuk Badan Mereka Akan Lurus Dengan Sendirinya Dan Kebanyakan Kanak-Kanak Boleh Berdiri Dengan Kaki Yang Lurus



2. Bowlegs (Kaki Melengkung Keluar)


- Masalah Ini Berlaku Dimana Terdapat Jarak Antara Lutut Apabila Anak Anda Berdiri Dengan Kaki Dan Buku Lali Dirapatkan (Kaki Kelihatan Melengkung Keluar).
- Bowlegs Kebiasaannya Adalah Fisiologikal, Ini Bermakna Kaki Anak Anda Akan Mula Lurus Apabila Dia Mula Berjalan Dan Masalah Ini Akan Hilang Dengan Bertambahnya Usia.



3. Flatfeet


-Flatfeet Adalah Masalah Tapak Kaki Rata, Ianya Bermaksud  Tiada Lengkungan Semula Jadi (Arch) Pada Tapak Kaki Anak Anda.
- Permukaan Tapak Kaki Bersentuhan Dengan Tanah/Lantai.
-Perkara Ini Adalah Biasa  Dan Tapak Kaki Anak-Ank Akan Semakin Melengkung Apabila Mereka Mula Berjalan.



4. Jalan Berjengket


- Jalan Berjengket Bermaksud Kanak-Kanak Berjalan Menggunakan Jari-Jari Kaki Dan Tapak Kaki  Mereka Tidak Bersentuhan Dengan Lantai.
- Ianya Adalah Normal Apabila Kanak-Kanak Berjalan Dengan Cara Berjengket Terutama Ketika Mereka Belajar Berjalan. Namun, Jika Berterusan, Mungkin Ia Menunjukkan Mereka Mempunyai Kelemahan Otot Atau Memberi Petunjuk Kepada Masalah Lain.


5. Skoliosis


- Tulang Belakang Menjadi Bengkok.
-Pada Awalnya, Tulang Belakang Kanak-Kanak Akan Membentuk Lengungan Atau Bentuk C. Tetapi Selepas  Meningkat Usia, Tulang Belakang Akan Membentuk 3 Lenkungan Dan Akan Kelihatan Lurus Dari Sisi Belakang.
- Bagi Masalah Skoliosis, Tulang Belakang Membengkok Ke Sisi . Apabila Dipandang Dari Belakang Ia Kelihatan Seperti Bentuk ‘S’ (2 Lengkuk) Atau ‘C’ (Satu Lengkuk).
- Skoliosis Adalah Disebabkan Oleh Faktor Genetik, Pertumbuhan Tulang Belakang Yang Tidak Normal Semasa Perkembangan Akil Baligh Dan Masalah Tulang Atau Otot Sejak Kecil.

Situasi diatas adalah sebenarnya normal berlaku di awal perkembangan fisiologikal kanak-kanak
Tetapi jika masalah ini berlanjutan selepas anak anda berumur 3 tahun, pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebab-sebab yang serius.

Rawatan untuk masalah gaya berjalan dalam kalangan kanak-kanak:
- Pemakaian Splint/Braces Untuk Betuklan Keadaan Kaki.
- Rawatan Fisioterapi (Urutan, Senaman Regangan, Senaman Kekuatan)
- Pembedahan Adalah Pilihan Terakhir Bagi Memperbetulkan Masalah Tersebut.

.








No comments:

Post a Comment

More Post