[#TAHUKAH_ANDA, Kesan Lebam Yang Dikenali Sebagai Cubitan Hantu Adalah Disebabkan Oleh Saluran Yang Pecah]




Pernah tak anda bangun-bangun tidur, ternampak lebam pada bahagian badan? Kaki? Tangan? Adakah itu disebabkan oleh cubitan hantu? Sedangkan kita tidak melakukan sebarang aktiviti lasak sebelum tidur.

Dari segi medikal, “Cubitan Hantu” ini disebabkan oleh salur darah pecah. Apabila salur darah pecah, kulit akan menjadi lebam. Keadaan ini terjadi adalah dimana sel darah merah terkeluar daripada saluran darah di permukaan kulit. Apabila sel darah yang asalnya berwarna merah ini terkeluar, ia akan bertukar warna menjadi ungu apabila tidak mendapat oksigen.

Biasanya keadaan ini sering menimpa golongan wanita kerana saluran darah wanita lebih kecil dan kulit mereka lebih nipis berbanding lelaki. Namun ia tidak berbahaya dan boleh dipulih tanpa rawatan.

Ini kerana, lama-lama ia akan hilang dan warna ungu tadi beransur-ansur menjadi kehijau-hijauan dan beralih ke kuning lalu hilang. Biasanya proses ini mengambil masa dua minggu dan rasa sakit mungkin hanya terasa satu atau dua hari selepas kecederaan berlaku.

Ada sesetengah kes, lebam juga boleh terjadi disebabkan kesan sampingan dalam pengambilan ubat yang mencairkan darah. Ini merujuk pada kes lebam yang sering dialami pesakit jantung dan strok apabila mereka mengambil aspirin.

Selain dari ubat aspirin, ubat steroid juga boleh menyebabkan individu yang mengambilnya lebih mudah mendapat lebam kerana saluran darah pada kulit makin menipis.

Namun, apabila terjadi kes lebam yang luar biasa dan disusuli rasa sakit bagi tempoh lama,anda wajib pergi jumpa doktor untuk membuat saringan kesihatan.

Dalam keadaan sebegini, sangat penting untuk seseorang itu menjalani saringan kesihatan terutama kumpulan pesakit berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga mempunai penyakit hati atau kanser darah untuk pengesanan awal.

Keadaan yang terbaik untuk merawat adalah terapi sejuk iaitu dengan meletakkan pek ais pada kawasan tercedera dan kemudian berehat daripada melakukan aktiviti boleh menjejaskan proses pemulihan anggota berkenaan.

No comments:

Post a Comment

More Post