[Ayah menyesal tak dengar kata mok dulu]


Sekarang ayah penghidap strok akibat dari rokok.


Merokok boleh menyebabkan si perokok mudah terkena penyakit kronik antaranya adalah sakit jantung, strok atau kanser paru-paru.


Merokok boleh memendekkan umur



Menurut anggaran, 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok. Ini menunjukkan 35 peratus kematian adalah berpunca daripada merokok.


Manakala, merokok bukan saja menyebabkan si perokok mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit, namun lebih membimbangkan apabila individu di sekeliling turut terjebak dengan risiko sama.


Bahan kimia yang dibebaskan asap rokok akan menjejaskan organ dalam badan dan pastinya, ia menambah risiko penyakit berbahaya, malah menyebabkan 10 hingga 12 peratus kematian di Malaysia.


Pada hakikatnya, 60 hingga 75 peratus asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok. Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi dua kali ganda nikotin, tiga kali ganda tar, lima kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda bahan kimia merbahaya.


Tabiat merokok berkait rapat dengan strok atau angin ahmar amat akibat kesan nikotin dan merosakkan saluran darah. Dinding salur darah menjadi tebal dan sempit, ia akan menyebabkan aliran darah menjadi sukar hingga akhirnya mengakibatkan beberapa bahagian badan tidak dapat bergerak. Maka, ia akan terjadi strok. 

Untuk kurangkan risiko mendapat Strok, anda seharusnya :


·         Jangan merokok kerana merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).Lakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan mahupun melakukan hobi harian.
·         Alihkan keinginan untuk merokok dengan berfikir secara positif.
·         Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan

 Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung


Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah  faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Oleh itu, anda seharusnya;


    1.       Berhenti merokok kerana merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
    2.       Jauhkan diri daripada asap rokok basi 
    3.       Lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan
    4.       Sentiasa berfikiran positif

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok


50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.

60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.

Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun. Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.


Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.


Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post