#TESTIMONI_FLEX [Subuh sekarang hanya mampu di rumah saja, sakit pinggang ni membantut pergerakan masjid]


Saya telah mengalami sakit di bahagian punggung dan kebas bahagian kedua belah kaki. Mula-mula saya ingatkan sakit biasa sahaja. Tetapi rupanya anggapan saya salah sebab sakit ini berlarutan dan tak hilang-hilang. Saya terpaksa duduk dengan pelbagai posisi untuk kurangkan kesakitan. 


Aktiviti kerja saya amat terganggu. Hal ini kerana tugas saya perlu banyak berdiri dan naik turun tangga. Saya susah nak bergerak dengan pantas dan pergerakan saya sangat terhad. Rasa sakit sangat di bahagian bahagian punggung. Saya terpaksa meminta bantuan orang terdekat untuk bangun dan bergerak.
 


Saya dah cuba pergi berurut. Namun, saya rasa badan saya semakin sakit. Jadi, saya dah takut nak pergi berurut kat tempat-tempat lain. Kebetulan bila saya buka Facebook, saya terjumpa posting rawatan di Flex Physiotherapy. Saya melihat feedback yang oleh pesakit sebelumnya sangat memuaskan dan dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seterusnya saya menghubungi pihak Flex Physiotherapy untuk keterangan lanjut. 


Seterusnya saya mencuba rawatan di Flex Physiotherapy. Pada awalnya, memang rasa sakit tempat yang dirawat seperti di punggung. Tetapi lama-kelamaan sakit punggung dan rasa kebas semakin berkurang.



 Pelbagai teknik yang fisioterapi di sini berikan. Ada yang guna tangan, ada juga yang guna elektrik. Setelah 5 sesi, saya dah boleh bangun dengan sendiri dan tidak memerlukan bantuan orang terdekat dah. Saya bersyukur ujian yang Allah bagi hanya setakat ini dan masih boleh dirawat. Terima kasih Flex Physiotherapy memberi rawatan yang terbaik.


 Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? 

KLIK DI SINI 

 Saya pasti akan beritahu kawan-kawan dan saudara-mara saya tentang Flex Physiotherapy ni. Memang amat berkesan. Fisioterapi semua baik-baik. Bukan sahaja memberi rawatan malah siap bagi tips penjagaan postur dan cara nak buat bila rasa sakit atau lenguh-lenguh badan. Fisioterapi juga sentiasa bertanyakan khabar dan follow-up di whatsapp masalah sakit serta perubahan yang kita alami sebelum dan selepas rawatan.
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

More Post