[“Tangan tetiba rasa kebas dan sengal” – Dugaan seorang pencari rezeki]


Hilang keupayaan tangan akibat kebas tangan dan jari.


Masalah kebas sering mengganggu majoriti masyarakat di Malaysia. Ianya menjadi perkara biasa dan selalu dipandang remeh dan mereka hanya bertindak berjumpa doktor selepas mereka mengalami kebas yang teruk sehingga mengganggu aktiviti harian. 


Rasa kebas tersebut  terasa seperti tusukan jarum pada hujung jari dan lama kelamaan menjadi sakit dan tidak selesa dan akhiurnya tangan dan jari menjadi lemah.


Dari segi medical, kebas pada hujung jari dan pergelangan tangan ini terjadi disebabkan oleh masalah “CARPAL TUNNEL SYNDROME”.

Apa itu Carpal Tunnel Syndrome?

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan pada pergelangan tangan akibat saraf Median terhimpit. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan ini berlaku disebabkan mungkin adanya tekanan yang berpanjangan.


Tekanan yang berpanjangan ini disebabkan oleh kerja yang banyak menggunakan tangan dan dilakukan secara berulang seperti menaip, memegang telefon genggam, guru yang banyak menulis di papan hitam atau putih.


Apakah SIMPTOM sakit tangan (Carpal Tunnel Syndrome)?

·         Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi.
·         Sakit semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah
·         Kebas di kawasan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
·         Sukar untuk membuat pergerakan tangan.

Beberapa faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit ini adalah:

  • Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas
  • Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan lagi ramai berbanding lelaki
  • Berat badan yang semakin meningkat
  • Mengandung
  • Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan
  • Beberapa jenis penyakitKencing manisrheumatoid arthritiskegagalan buah pinggang,
  • Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak

 

Rawatan untuk masalah Carpal Tunnel Syndrome (CTS)



  • Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan
  • Menjalani fisioterapi
  • Pembedahan : Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.

Rawatan fisioterapi untuk Carpal Tunnel Syndrome (CTS)



     1)      Rawatan untuk kurangkan sakit
- terapi sejuk menggunakan icepack dan ultrasound.


     2)      senaman mobility



     3)      Senaman regangan


4) senaman kekuatan







Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post