JAGUH BEREGU BADMINTON NEGARA, CHAN PENG SOON LUMPUH SEBELAH MUKA



SUMBER : BERITA AWANI

Negara dikejutkan dengan berita bahawa pemain badminton beregu campuran Negara telah mengalami kelumpuhan separuh  muka akibat penyakit Bell’s Palsy.

Perkara menyedihkan itu disahkan pemain berusia 31 tahun itu sendiri dan beliau turut berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video yang berdurasi 1 minit itu memaparkan Peng Soon melakukan penerangan mengenai penyakitnya itu sambil menunjukkan bahagian sebelah mukanya itu berasa kebas.


APAKAH ITU BELL’S PALSY?


Bell’s Palsy  adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.

Bell’s Palsy boleh berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapat Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

TANDA – TANDA BELL’S PALSY


Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari. Tahap kelemahan otot ini adalah berbeza.

Di antara tanda – tandanya adalah ;

- Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
- Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
- Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
- Anda tidak dapat kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
- Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
- Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
- Anda juga akan kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.

ADAKAH IA AKAN PULIH SEMULA?


- Bell’s Palsy Akan Pulih Secara Beransur-Ansur Dalam 2-3 Minggu Atau Dua Bulan.
- Ada Yang Mengambil Masa Sehingga Dua Belas Bulan Untuk Pulih Sepenuhnya.

Dalam beberapa kes, tidak mustahil gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.Secara keseluruhannya, tiada pesakit Bell’s Palsy yang tidak pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang akan pulih dengan mempunyai sedikit kelemahan otot muka (kekal), tetapi sangat sedikit.

ADAKAH RAWATAN FISIOTERAPI DAPAT MEMBANTU?


Ya, rawatan fisioterapi adalah digalakkan. Rawatan fisioterapi  telah membantu dalam beberapa kes Bell’s Palsy.

Antara rawatan fisioterapi untuk masalah Bell’s Palsy



1)Senaman Muka



Senaman muka membantu menguatkan semula otot-otot muka yang lemah.

2)Stimulasi Elektrik



Stimulasi elektrik menggunakan sedikit elektrik untuk merangsang otot muka yang lemah.

3)Rawatan Haba



Rawatan haba untuk mengurangkan sakit pada kawasan otot muka yang lemah.

4)Urutan



Urutan juga dapat meransang pergerakkan otot muka.

LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI PESAKIT BELL PALSY


- Minum menggunakan straw.

- Makan disebelah muka yang rasa selesa.


- Pastikan mata dalam keadaan yang lembab. Pada waktu malam, letakkan satu pad atau tuala putih untuk menutup bahagian mata yang tidak tutup sepenuhnya. Pada waktu siang pula, bolehlah memakai kaca mata yang sesuai supaya tidak terkena habuk dan kotoran.




































































































































Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  

FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.






No comments:

Post a Comment

More Post