[“Aduhh!! Sakitnya pinggang aku, susah nak kerja macam ini”]


Majoriti rakyat Malaysia bekerja di pejabat dan menghabiskan masa di depan computer. Kedudukan posisi yang sama pada setiap hari tanpa melakukan senaman ringan akan menyebabkan tulang belakang berada dalam keadaan tertekan. Dan, lama-kelamaan akan merasakan sengal,sakit atau lenguh pada permulanya, biasanya ia akan dianggap perkara biasa.


Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot. Ia dipanggil Lumbago. Penyebabnya adalah otot belakang yang terseliuh atau ketegangan otot belakang.


Selain itu, sakit pinggang disebabkan oleh trauma. Sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh trauma ke bahagian belakang yang boleh mencederakan mana - mana organ, tulang ataupun otot di situ.


Simptom sakit pinggang :

          Rasa cucukan secara tiba-tiba, kemudian ia menjadi semakin panas
         Rasa kesakitan berpanjangan pada bahagian belakang badan
         Menjadi sukar untuk meregangkan badan
         Sakit apabila berdiri dengan tegak
         Menjadi kemerahan kulit di bahagian belakang
 

Sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang selalunya berada di tengah- tengah bahagian belakang.

Punca sakit pinggang  :

      •         Patah tulang belakang (Spondilolisis )
         Patah tulang rusuk
         Scoliosis (kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
         Kyphosis (kebengokkan tulang belakang ke bawah)
         Kemampatan cakera intervertebral
         Spondilosis (degenerasi cakera intervertebral)
         Spondilolithesis (kegelongsoran tulang belakang)


Cara untuk mengelakkan sakit pinggang :

 

      1.       SEMASA BARING
          Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
         Pastikan tidur tersebut tidak terlalu lembut atau tidak terlalu keras.
         Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut





 2.       SEMASA BERJALAN
          Postur badan ketika berdiri dan berjalan turut memberi kesan kepada tulang belakang anda.
         Pastikan anda berjalan dengan cara yang betul iaitu dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari kaki mengarah ke hadapan.
         Memakai kasut bertumit rendah yang selesa





 3.       SEMASA DUDUK
          Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
         Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang




 4.       SEMASA BERDIRI
          Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
         Pastikan anda berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan.
         Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul

 



5.       LAKUKAN SENAMAN
          Lakukan senaman secara tetap
         Senaman mengurangkan sakit belakang kerana ia akan menguatkan otot - otot belakang           dan juga memperbaiki posisi otot belakang. Senaman juga menguatkan tulang punggung.
         Menjaga berat badan ia juga boleh mengurangkan tekanan atas tulang belakang.
         Amalkan kecergasan keseluruhan

Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post