5 punca terjadinya slip disc pada tulang belakang



Apakah itu slip disc dan dimanakah ia berlaku?

Slipped disc merupakan pengalihan cecair di dalam tulang (nucleus pulposus) dari lokasi normal yang pada kedudukan di pertengahan disk. Apabila disc ini teralih, risiko untuk terkena saraf tunjang sangat tinggi dan ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Di dalam badan manusia normal terdapat tulang belakang yang terdiri daripada 24 set tulang yang dipanggil vertebra.Pada setiap tulang tersusun secara memanjang dan menegak dan membentuk laluan untuk saraf tunjang. Tulang- tulang vertebra inilah yang melindungi saraf tunjang.

Di antara tulang vertebra, terdapat struktur yang dipanggil disc yang berfungsi untuk menyerap tekanan. Ada dua struktur yang membentuk disc tersebut iaitu Annulus Fibrosus dan Nucleus Pulposus.

Masalah slip disc ini mulai terjadi apabila nucleus pulposus itu terkeluar dan menekan annulus fibrosus. Ini menyebabkan annulus fibrosus membengkak dan terkeluar dan akan menghimpit saraf tunjang dibelakangnya. Himpitan saraf ini lah yang menyebabkan sakit, lenguh dan kebas pada bahagian belakang dan juga kaki.

Slipped disc turut boleh dialami oleh golongan muda. Ia berpunca daripada:

 

  • Berat badan berlebihan (obesiti) akan menyebabkan tekanan yang lebih berat kepada cakera intervertebra. Ini akan menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera.


  • Trauma seperti kecederaan semasa bersukan dan kemalangan. Kecederaan pada disc menyebabkan disc terkeluar dan menghimpit saraf.



  • Mengangkat beban berat. Beban yang berat menambahkan tekanan pada tulang belakang dan akhirnya menekan disc.


 
  • Kerap memandu dalam tempoh masa yang lama. Apabila memandu , anda berada dalam keadaan duduk yang lama, jd risiko untuk disc tertekan sangat tinggi.



  • Jarang bersenam. Apabila jarang bersenam, otot-otot dibahagian belakang menjadi lemah. Jadi otot –otot tersebut tidak dapat menyokong tulang belakang dengan kuat dan lebih berisiko untuk berlaku kecederaan.
 Rawatan  untuk masalah slip disc

-ubat tahan sakit

-pendidikan postur badan yang betul

-rawatan fisioterapi untuk mengurangkan sakit,menguatkan otot2 dibahagian belakang.

-pembedahan



Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.



No comments:

Post a Comment

More Post