#Tahukah_anda [Sakit lutut ada beberapa peringkat,Jom baca di bawah]




Antara kesemua penyakit sendi lutut, osteoarthritis adalah yang paling sering terjadi. DIperkirakan 60-70% sakit sendi lutut adalah kerana OA ini.


Untuk sakit lutut kerana osteoarthritis ini, terdapat beberapa pilihan terapi. Ia bergantung kepada tahap (grade) keparahannya.


OA ada 4 tahap dan tahap ini hanya dapat ditentukan dengan tepat menggunakan pemeriksaan X-ray. 


Penerangan tentang tahap OA adalah seperti berikut :- 


TAHAP SATU

– Tulang rawan belum haus. Sakit terjadi akibat berkurangnya cecair di celahan sendi lutut. Bila bergesel sendi, akan sakit. Ini tahap paling awal. Sekiranya anda mendapatkan rawatan pada tahap ini, sakit boleh hilang sepenuhnya.


 


TAHAP DUA

– Tulang rawan sudah mula haus. Ini terjadi kerana cairan yang berkurang tidak dirawat, geseran yang terjadi lama kelamaan menyebabkan sendi semakin haus. Tandanya adalah celahan sendi pada xray semakin menyempit. 


TAHAP TIGA

– Tulang rawan semakin menipis. Tulang keras hampir bertemu antara tulang peha dan betis, tapi belum bertemu (pada gambar xray). Cairan sendi amatlah sedikit. Pada keadaan ini, berjalan sedikit pun sudah sakit, namun sendi masih boleh dilipatkan sedikit.


 


TAHAP EMPAT

– Tahap paling parah. Dari gambaran xray. tulang peha dan tulang betis sudah bertemu antara satu sama lain. Tulang rawan sudah tiada lagi. Pada keadaan ini, amat susah untuk berjalan. Sendi menjadi ketat, kadang kaki sudah mula membengkok bila berdiri tegak. Kebiasaannya sudah bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Sudah tidak boleh melipatkan sendi lutut.

PENTING : 

Tahap 4 adalah paling serius

Rawatan sakit lutut yang tinggal hanyalah pembedahan menggantikan sendi. Tiada ubat, injeksi atau makanan tambahan yang dapat membantu. Rujuk segera ke doktor pakar ortopedik!


Tahap satu dan tahap dua, adalah dalam kategori awal. Sekiranya mendapat rawatan, hasil akhir boleh mengurangkan sakit secara total. Jika tidak mendapatkan terapi, lutut akan perlahan berganjak menjadi tahap ketiga dan keempat. 



Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post