[Jom Menjadi Hebat Seperti Cristiano Ronaldo]




Sumber dari : CNBC.COM

Siapa yang tidak kenal dengan pemain hebat bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo. Namanya dikenali bukan sahaja pada peminat bola sepak, malah semua orang mengenali beliau.

Anda ingin tahu tak bagaimana rentak senaman Cristiano Ronaldo sehingga beliau mampu bermain setiap kali perlawanan tanpa ada kecederaan?

Menurut satu portal sukan yang menulis artikel mengenai cristano Ronaldo, beliau telah mendedahkan rutin senaman harian beliau kepada umum. Kata Cristiano Ronaldo, persiapan fizikal dan mental penting setiap kali sebelum perlawan.

JOM KITA IKUTI BEBERAPA TIPS DARIPADA CRISTIANO RONALDO


Antara persiapan sebelum perlawanan:

1) Dapatkan tidur dan rehat yang cukup

“Tidur yang cukup pada malam sebelum hari perlawanan sangat penting. Ianya dapat membantu proses pemulihan badan saya” kata beliau.

2) Lakukan senaman regangan pada setiap pagi

Senaman regangan mampu memanaskan badan dan dapat memastikan otot-otot badan sentiasa bersedia untuk beraksi dalam perlawanan.

3) Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi cukup zat

Makanan yang sihat dan zat sangat penting untuk memberi tenaga sebelum bermain.

"Latihan senaman yang baik mesti digabungkan dengan diet yang baik”, kata Cristiano Ronaldo.

4) Motivasi tinggi

Kita mesti ada semangat dan motivasi yang tinggi untuk menang. Pastikan setiap pagi kita bangun dalam keadaan yang positif dan bersemangat.


 Ingin mengenali fisio-fisio hebat yang merawat pesakit kami? KLIK DISINI



SELEPAS PERLAWANAN



Menurut Cristiano Ronaldo, sesi pemulihan selepas perlawanan sangat penting bagi setiap atlet.
Antara aktiviti yang beliau lakukan selepas perlawanan adalah:

1) Mandi air sejuk dan air panas

Mandi air sejuk dapat mengurangkan kesakitan badan setelah bermain manakala mandi air panas dapat melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.

2) Berenang

“Aktiviti berenang sangat sesuai untuk merehatkan otot dan minda saya’ kata beliau.

Jadi, itulah antara rutin senaman pemain bintang dunia Cristiano Ronaldo. Mungkin itulah salah satu sebab mengapa beliau sangat konsisten setiap kali perlawanan tanpa ada kecederaan. Anda boleh meniru gaya senaman Cristiano Ronaldo ini untuk memastikan anda sentiasa sihat dan aktif !


Nak kami beri konsultasi PERCUMA mengenai masalah anda ?
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment

More Post