[#TAHUKAH_ANDA Kasut rata sama bahaya dengan Kasut Tumit Tinggi !!]

Kasut rata sama bahaya dengan kasut tumit tinggi!


Kita sudah sedia maklum bahawa kasut tumit tinggi memberi kesan yang buruk kepada anggota badan. Contohnya pemakai akan berasa sakit tumit dan lenguh2 kaki pada awalnya dan lama –kelamaan pastinya sakit tersebut akan menjadi teruk sehingga menjejaskan aktiviti harian.

Pilihan untuk tidak menggunakan kasut tumit tinggi adalah dengan memakai kasut rata/flat. Kebanyakan daripada kita beranggapan itu adalah pilihan yang tepat sekali untuk mengelakkan sakit kaki. Adakal ia betul?

Salah, tanggapan anda tidak benar. Walaupun kasut flat lebih selesa dipakai, namun tidak bermakna ianya baik untuk kesihatan anda. Malah, kesan pemakaian kasut flat ini sama kesannya dengan kasut tumit tinggi!

5 kesan bahaya pemakaian kasut flat:


- Kasut flat  boleh menyebabkan kesakitan dan kesan bengkak pada tumit jika anda terutaman jika anda banyak melakukan aktiviti berjalan.

- Kasut flat tidak mempunyai daya serapan hentakan dan ini boleh menyebabkan sakit tumit seperti plantar fascitis.

- Kasut flat  memberi tekanan tendon achilles di bahagian  belakang tumit, dan juga otot betis di belakang kaki . Kesakitan boleh berterusan sehingga 2 minggu.

- Kasut flat yang tidak menyokong kaki dengan baik dan kaki anda terpaksa berusaha keras dalam mengekalkan keseimbangan.

- Memakai kasut flat akan mengakibatkan  anda jalan seperti menyeret kaki dan belakang kasut anda akan haus dengan lebih cepat.


Kasut manakah pilihan yang terbaik?


Kalau kasut tumit tinggi tak boleh, kasut rata pun tak bagus, kasut jenis macam mana yang seorang wanita patut pakai?

Jawapannya ialah pilih kasut yang mempunyai tapak, tidak terlalu rata, dan tidak terlalu tinggi. Kasut dengan tapak setebal tiga hingga lima sentimeter  lebih mampu menampung lengkungan kaki anda dengan lebih baik.

Jadi, pilihan ditangan anda. Anda dinasihatkan untuk menukar kepada kasut yang sesuai supaya ianya tidak mendatangkan kesakitan pada badan anda di masa akan datang!


Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy  KLIK DISINI  


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.

No comments:

Post a Comment

More Post