[Bahu Dah Tak Boleh Angkat Tinggi, Sampai Susah Nak Menulis di Papan Hitam]


Anda pernah sakit bahu? Susah nak angkat tangan? Rasa sakit sangat di bahu?

Masalah ini dipanggil bahu kaku atau dalam bahasa medikalnya 'Frozen Shoulder'

Frozen shoulder ialah kondisi di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Ia akan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan sendi bahu dan kesakitan.

Biasanya, pesakit   akan mengalami kesakitan dan kekerasan di bahu dan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan bahu.

Kesakitan akan bertambah dalam setiap pergerakan. Otot akan mula mengecil disebabkan pesakit cuba mengurangkan rasa kesakitan dengan mengelak dari melakukan aktiviti. Kesakitan berterusan turut dirasai ketika berehat/tidur dan ia akan menggangu kualiti hidup pesakit.

RAWATAN UNTUK MASALAH FROZEN SHOULDER


Senaman di bawah akan membantu pesakit untuk gerakkan tangan dan mengurangkan rasa sakit. Pesakit boleh lakukan senaman ini secara perlahan-lahan dengan menggunakan payung atau tongkat atau mana-mana alatan yang ada di rumah seperti penyapu.



1. Senaman SHOULDER FLEXION

Pesakit  berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan. Kemudian, tangan ke depan dada dan mengangkat tongkat tersebut sampai atas kepala. Pastikan siku pesakit lurus untuk mengelakkan rasa sakit di bahu.



2. Senaman SHOULDER EXTENSION

Pesakit berdri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan di belakang badan. Gerakkan tongkat tersebut menjauh dari badan. Pastikan siku penghidap lurus.

3. Senaman ABDUCTION

Pesakit berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan. Kemudian, menolak lengan yang sakit ke luar dan ke atas.

4. Senaman EXTERNAL ROTATION

Pesakit berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan. Kemudian, bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan siku berada rapat dengan badan pesakit. Menolak lengan yang sakit ke sisi badan menggunakan tongkat tersebut.

5. Senaman INTERNAL ROTATION

Pesakit berdiri tegak dan memegang tuala di belakang badan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Lengan tidak sakit akan berada di atas manakala lengan yang sakit berada di bawah. Kemudian, tarik lengan yang sakit ke atas dengan menggunakan tenaga lengan yang tidak sakit.

Elakkan sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap limitasi gerakan bahu. Dapatkan nasihat berkenaan senaman regangan dan kekuatan yang bersesuaian dari Ahli Fisioterapi.

No comments:

Post a Comment

More Post