[Kenapa Kepala Saya Rasa Melayang? Asyik Rasa Nak Jatuh Je]




Anda kerap kali rasa pening dan nampak persekitaran anda seperti berpusing-pusing? Awas anda berkemungkinan menghadapi masalah vertigo.

Kebiasaanya, masalah ini terjadi ketika seseorang berada di dalam keadaan tidak bergerak, tetapi disebabkan masalah vertigo inilah mereka merasakan dirinya seolah-olah sedang berpusing.

MAKSUD VERTIGO


Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.
Apa beza vertigo dengan pening/sakit kepala? 

Vertigo tidak sama seperti pening kepala biasa. Pening kepala yang biasa selalunya menyebabkan kepala seseorang itu menjadi ringan, rasa nak pengsan dan sebagainya.

Vertigo boleh terjadi akibat daripada gangguan telinga, gangguan sistem vestibular atau terdapat kecederaan pada bahagian-bahgian otak yang tertentu.

Mengikut statistic, risiko mengalami vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan wanita berisiko 3 kali lebih tinggi untuk mengalami vertigo berbanding  lelaki.

SIMPTOM VERTIGO


 


1. Rasa berpusing

- Pesakit akan mengadu bahawa persekitaran mereka akan kelihatan berpusing-pusing.



2. Pening
  - Disebabkan persekitaran berpusing-pusing, pesakit akan merasa pening.


3. Loya & muntah
 - Pesakit akan menjadi loya dan muntah.


4. Ketidakseimbangan
 - Apabila pesakit pening dan rasa berpusing, mereka akan menjadi tidak seimbang dan berisiko untuk jatuh.


5. Penglihatan kabur
 - Penglihatan juga kan menjadi kabur dan kurang jelas.


6. Sukar berjalan
 - Pesakit akan mengalami kesukaran untuk berjalan kerana tiada keseimbangan.

FUNGSI FISIOTERAPI DALAM MERAWAT PESAKIT VERTIGO

Jika pesakit mengalami masalah vertigo, hendaklah berjumpa dengan doktor dahulu untuk kepastian dan mengambil ubat-ubatan yang bersesuaian. Kebiasaanya, doktor akan merujuk pesakit kepada bahagian fisioterapi untuk rawatan selanjutnya.
Antara fungsi fisioterapi dalam menyelesaikan masalah vertigo adalah :
-       Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala
-       Meningkatkan kestabilan pandangan
-       Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan
-       Meningkatkan kecergasan dan daya tahan
-       Mengurangkan risiko jatuh
Jadi jika anda mengalami masalah vertigo, segera berjumpa doktor dan ikuti nasihat doktor untuk menjalani rawatan fisioterapi untuk memulihkan anda dari masalah vertigo!


[Terpaksa Meraih Simpati, Kaki Patah Akibat Kemalangan]



Pada tahun lepas, dalam perjalanan pulang ke rumah setelah pulang dari kerja, peristiwa hitam yang tak pernah saya lalui terjadi. Saya terlibat dengan kemalangan ngeri. Kemalangan tersebut mencipta sejarah hitam dalam hidup saya. Pengalaman tersebut tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Saya telah dimasukkan ke dalam wad dan setelah beberapa hari tidak sedarkan diri, saya dikejutkan bahawa kaki saya telah patah. Saya terpaksa berada di wad dalam tempoh yang agak lama iaitu selama sebulan sebelum doktor membenarkan saya pulang berehat di rumah.


Kepatahan kaki yang dialami oleh saya menyukarkan saya untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian. Lebih malang lagi saya kehilangan punca rezeki utama untuk keluarga saya. Saya kehilangan kerja dan terpaksa bergantung kepada ahli keluarga.

Dengan azam dan semangat serta dorongan dari ahli keluarga, saya bangkit dan tidak mahu putus semangat untuk meneruskan kehidupan seperti sebelum ini. Saya berusaha untuk mendapatkan rawatan. Saya telah mencuba rawatan fisioterapi di Flex Physiotherapy.


Di Flex Physiotherapy, mereka menyediakan pelbagai rawatan yang sesuai dengan masalah saya. Antara rawatan yang diberikan adalah rawatan “range of motion”, senaman regangan dan juga senaman kekuatan



Alhamdulillah dengan izin Allah, daripada berjalan menggunakan tongkat dan selepas saya mengambil beberapa sesi rawatan kaki di Flex Physiotherapy, saya sudah ada kekuatan untuk bergerak dan rasa sakit semakin berkurang.



Terima kasih Flex Physiotherapy kerana membantu menyembuhkan kesakitan saya dan memberi harapan kepada saya untuk kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa.

[#TAHUKAH_ANDA Persekitaran Kerja Boleh Menjejaskan Kesihatan Fizikal Anda]



Kajian mendedahkan duduk yang tempoh lama tanpa melakukan pergerakan boleh memberi kesan negative kepada kesihatan.

Sama ada anda bekerja atau belajar, jangan abaikan untuk rehat seketika serta melakukan beberapa pergerakan anggota badan kerana ia sangat penting untuk menjaga tubuh badan anda.

Rutin pekerjaan yang memerlukan anda menghadap computer seharian antara pembunuh utama yang memberi kesan jangka masa panjang.


 ANTARA KESAN JIKA DUDUK TERLALU LAMA :


1)      Sakit leher

Kesan yang pertama jika duduk terlalu adalah sakit leher. Sakit leher selalu di pandang ringan dan tidak mengambil serius. Terlalu fokus kepada skrin komputer akn menyebabkan leher menjadi kebas seterusnya kepada beberapa komplikasi lain.

Untuk mengelakkan kesakitan leher berlaku, pastikan skrin computer perlu setara dengan tahap pandangan mata.

2)      Tulang menjadi lemah

Menurut kajian, sekiranya anda tidak melakukan sebarang latihan fizikal ia mampu menambahkan jumlah air dalam tulang. Jika ia berlaku, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat seperti susu dan bayam.

Selain pemakanan, aktiviti fizikal mesti dilakukan untuk memastikan tulang anda dapat berfungsi dengan baik dan sihat.

3)      Masalah gemuk

Berdasarkan kajian Exercise and Sport Science Reviews, duduk dalam tempoh lama akan menyebabkan badan anda sebagai 'stor lemak' kerana pembakar lemak enzim lipase lipoprotin akan menurun.

Maka, jalan yang terbaik adalah bangun dari kerusi dan melakukan beberapa pergerakan yang akan membantu pengaliran darah dengan baik.


[#Tahukah_Anda Diet Antara Salah Satu Faktor Yang Boleh Menyebabkan Stroke!]

Gambar 1: Dietpunca stroke


Diet Penyebab Stroke

Stroke adalah salah satu penyakit tertinggi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. Mengapakah stroke ini sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia? Adakah anda tahu diet yang salah punca penyebab stroke?
Mari kita kenalpasti mengapakah diet penyebab stroke?
Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri. Tekanan darah yang tinggi mahupun penyempitan arteri akan mewujudkan kemungkinan salur darah pecah sehingga berlakunya stroke.
Terdapat beberapa lagi punca yang boleh mendedahkan seseorang mengalami stroke. Pelbagai faktor terjadinya stroke lebih-lebih lagi kalau seseorang tidak peka dan tidak menjaga kesihatan tubuh badan.

1) Tekanan darah tinggi

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan.
Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan meningkatkan risiko strok sebanyak empat kali. Ini terjadi bila tekanan darah tinggi yang melebihi 140/90mmHg yang dialami berulang kali tanpa dirawat.

2) Penyakit kencing manis (Diabetes)

Kandungan gula akan kekal dalam darah dalam kadar yang tinggi. Kandungan gula lebih tersebut menyumbang kepada terjadinya gumpalan lemak yang terkumpul dalam darah.
Saluran darah ke pada leher atau ke otak lama-lama akan jadi sempit atau mungkin tersumbat terus. Kalau darah yang menuju ke otak tersekat, maka akan berlakulah stroke.

3) Merokok

Bahaya Nikotin dalam asap rokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar).
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah.
Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut.

4) Tabiat minum (alkohol) yang kerap

Secara purata, pengambilan alkohol lebih daripada satu minuman sehari (30ml minuman keras, 330ml ‘beer’ atau 120ml ‘red wine’) untuk wanita atau dua minuman sehari untuk lelaki akan meningkatkan tekanan darah dan boleh menyebabkan strok.

[Bahu Dah Tak Boleh Angkat Tinggi, Sampai Susah Nak Menulis di Papan Hitam]


Anda pernah sakit bahu? Susah nak angkat tangan? Rasa sakit sangat di bahu?

Masalah ini dipanggil bahu kaku atau dalam bahasa medikalnya 'Frozen Shoulder'

Frozen shoulder ialah kondisi di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Ia akan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan sendi bahu dan kesakitan.

Biasanya, pesakit   akan mengalami kesakitan dan kekerasan di bahu dan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan bahu.

Kesakitan akan bertambah dalam setiap pergerakan. Otot akan mula mengecil disebabkan pesakit cuba mengurangkan rasa kesakitan dengan mengelak dari melakukan aktiviti. Kesakitan berterusan turut dirasai ketika berehat/tidur dan ia akan menggangu kualiti hidup pesakit.

RAWATAN UNTUK MASALAH FROZEN SHOULDER


Senaman di bawah akan membantu pesakit untuk gerakkan tangan dan mengurangkan rasa sakit. Pesakit boleh lakukan senaman ini secara perlahan-lahan dengan menggunakan payung atau tongkat atau mana-mana alatan yang ada di rumah seperti penyapu.



1. Senaman SHOULDER FLEXION

Pesakit  berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan. Kemudian, tangan ke depan dada dan mengangkat tongkat tersebut sampai atas kepala. Pastikan siku pesakit lurus untuk mengelakkan rasa sakit di bahu.



2. Senaman SHOULDER EXTENSION

Pesakit berdri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan di belakang badan. Gerakkan tongkat tersebut menjauh dari badan. Pastikan siku penghidap lurus.

3. Senaman ABDUCTION

Pesakit berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan. Kemudian, menolak lengan yang sakit ke luar dan ke atas.

4. Senaman EXTERNAL ROTATION

Pesakit berdiri tegak dan memegang tongkat dengan kedua-dua belah tangan. Kemudian, bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan siku berada rapat dengan badan pesakit. Menolak lengan yang sakit ke sisi badan menggunakan tongkat tersebut.

5. Senaman INTERNAL ROTATION

Pesakit berdiri tegak dan memegang tuala di belakang badan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Lengan tidak sakit akan berada di atas manakala lengan yang sakit berada di bawah. Kemudian, tarik lengan yang sakit ke atas dengan menggunakan tenaga lengan yang tidak sakit.

Elakkan sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap limitasi gerakan bahu. Dapatkan nasihat berkenaan senaman regangan dan kekuatan yang bersesuaian dari Ahli Fisioterapi.

[Lepas Pembedahan Pinggul, Abah Semakin Susah Nak Jalan]





Penggantian sendi pinggul sepenuhnya adalah prosedur pembedahan di mana rawan yang berpenyakit dan tulang sendi pinggul digantikan dengan bahan tiruan. Penggantian sendi pinggul melibatkan pembedahan kepala tulang femur serta soket yang berpenyakit di gantikan prostesis yang di buat daripada logam (atau seramik) dan plastik.

Masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pesakit dalam jumlah pembedahan pinggul.

Biasanya, penggantian sendi pinggul dilakukan kerana sakit akibat kerosakkan yang teruk pada sendi pinggul. Punca kerosakkan ini adalah paling biasa di sebabkan oleh osteoarthritis. Artritis ini selalunya terjadi dengan proses penuaan, kecacatan sejak lahir pada sendi pinggul, atau trauma pada sendi pinggul.

LANGKAH BERJAGA-JAGA SELEPAS PEMBEDAHAN SENDI PINGGUL



1. Gunakan tongkat untuk bergerak

Bagi pesakit yang baru keluar dari hospital, digalakkan menggunakan tongkat untuk menyokong kaki. Anda kena berjalan-jalan di sekitar rumah secara beransur-ansur untuk mengelakkan berlaku anjakan kepala sendi.

Terdapat beberapa jenis tongkat untuk pergerakan :

a.  Tongkat dengan empat titik sokongan, sesuai untuk orang yang tidak dapat memegang berat badan mereka sendiri.
b.  Tongkat dengan dua titik sokongan – untuk pesakit yang mempunyai system otot yang kuat.





2. Elakkan kombinasi pergerakan dengan sendi pinggul baru

Elakkan duduk dengan kaki bersilang, kerana dalam kedudukan ini telah melakukan kombinasi pergerakan iaitu membengkok pinggul dan menyilangkan sendi pinggul.





a.       Jangan duduk di atas kerusi yang rendah, katil atau tandas. Anda boleh mendapatkan kerusi khas untuk tempat anda buat sementara waktu
b.       Jangan menaikkan lutut anda lebih tinggi dari paras sendi pinggul anda.
c.       Jangan bersandar ke depan semasa anda duduk, atau semasa anda berdiri dari duduk.
d.       Jangan angkat lutut anda lebih dari 90 darjah. Jangan tunduk badan ke bawah untuk mengikat kasut anda.




4. Jangan bersilang kaki lebih dari pusat badan ke arah kaki yang lain

Pada 8 minggu yang pertama, tak digalakkan bersilang kaki lebih dari pusat badan anda. Berhati-hati ketika anda bergerak masuk atau keluar dari katil atau kereta. Pastikan kaki anda tidak bersilang melebihi separuh badan anda.


 

5. Melakukan sesi fisioterapi

Sesi fisioterapi sangat penting selepas pembedahan penggantian sendi pinggul. Ini adalah untuk mengurangkan sakit di bahagian pinggul, menguatkan otot di bahagian pinggul dan melatih semula cara untuk berjalan.

#TESTIMONI_FLEX [Aduh, Sakitnya Lutut Ni, Nak Berjalan Pun Macam Tinggi Rendah Je Rasa]


#TESTIMONI_FLEX [Aduh , Sakitnya Lutut Ni , Nak Berjalan Pun Macam Tinggi Rendah Je Rasa]


Saya mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut sehingga doktor menyarankan saya untuk menjalani pembedahan lutut kerana risau sakit itu akan merebak ke bahagian lain pula.




Walaupun susah hati dengan cadangan doktor , namun saya terpaksa akur dan bersetuju untuk lutut dibedah bagi mengelakkan jangkitan serta kecederaan menjadi semakin serius. Alhamdulilah saya banyak mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan orang sekeliling untuk melakukan pembedahan ini.




Selepas beberapa bulan pembedahan, saya disarankan oleh doktor untuk mengikuti rawatan fisioterapi daripada fisio terlatih kerana bimbang jika lambat fisioterapi, otot2 lutut akan mengeras dan makin susah untuk bergerak.




Alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk mencuba rawatan di Flex Physiotherapy. Pada awalnya, memang rasa sakit tempat yang ditekan. Tetapi lama-kelamaan sakit lutut saya semakin berkurang.





Kini, saya sudah tidak bimbang lagi untuk berjalan jauh dan melakukan aktiviti harian seperti biasa kerana lutut kaki saya sudah berasa selesa selepas rawatan beberapa kali.





Pelbagai teknik yang fisioterapi di sini berikan. Ada yang guna tangan, ada juga yang guna elektrik. Setelah 3 sesi, saya dah boleh berdiri dan menggerakkan kaki. Baru saya tahu, inilah perasaan bila sakit yang kita alami berbulan-bulan dah tiada lagi. Alhamdulillah. Syukur.





Saya akan mengesyorkan kepada kawan-kawan dan saudara-mara saya tentang Flex Physiotherapy ni. Memang amat berkesan. Fisioterapi semua baik-baik.


Bukan sahaja memberi rawatan malah siap bagi tips penjagaan postur dan cara nak buat bila rasa sakit atau lenguh-lenguh badan. Fisioterapi juga sentiasa bertanyakan khabar dan follow-up di whatsapp masalah sakit serta perubahan yang kita alami sebelum dan selepas rawatan.






Terima kasih Team Flex Physiotherapy kerana telah merawat kesakitan saya sehingga saya boleh berdiri dan berjalan dengan sendiri. Semoga terus maju dan para fisioterapi boleh merawat lagi pesakit-pesakit di luar sana.


[#TAHUKAH_ANDA, Kesan Lebam Yang Dikenali Sebagai Cubitan Hantu Adalah Disebabkan Oleh Saluran Yang Pecah]




Pernah tak anda bangun-bangun tidur, ternampak lebam pada bahagian badan? Kaki? Tangan? Adakah itu disebabkan oleh cubitan hantu? Sedangkan kita tidak melakukan sebarang aktiviti lasak sebelum tidur.

Dari segi medikal, “Cubitan Hantu” ini disebabkan oleh salur darah pecah. Apabila salur darah pecah, kulit akan menjadi lebam. Keadaan ini terjadi adalah dimana sel darah merah terkeluar daripada saluran darah di permukaan kulit. Apabila sel darah yang asalnya berwarna merah ini terkeluar, ia akan bertukar warna menjadi ungu apabila tidak mendapat oksigen.

Biasanya keadaan ini sering menimpa golongan wanita kerana saluran darah wanita lebih kecil dan kulit mereka lebih nipis berbanding lelaki. Namun ia tidak berbahaya dan boleh dipulih tanpa rawatan.

Ini kerana, lama-lama ia akan hilang dan warna ungu tadi beransur-ansur menjadi kehijau-hijauan dan beralih ke kuning lalu hilang. Biasanya proses ini mengambil masa dua minggu dan rasa sakit mungkin hanya terasa satu atau dua hari selepas kecederaan berlaku.

Ada sesetengah kes, lebam juga boleh terjadi disebabkan kesan sampingan dalam pengambilan ubat yang mencairkan darah. Ini merujuk pada kes lebam yang sering dialami pesakit jantung dan strok apabila mereka mengambil aspirin.

Selain dari ubat aspirin, ubat steroid juga boleh menyebabkan individu yang mengambilnya lebih mudah mendapat lebam kerana saluran darah pada kulit makin menipis.

Namun, apabila terjadi kes lebam yang luar biasa dan disusuli rasa sakit bagi tempoh lama,anda wajib pergi jumpa doktor untuk membuat saringan kesihatan.

Dalam keadaan sebegini, sangat penting untuk seseorang itu menjalani saringan kesihatan terutama kumpulan pesakit berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga mempunai penyakit hati atau kanser darah untuk pengesanan awal.

Keadaan yang terbaik untuk merawat adalah terapi sejuk iaitu dengan meletakkan pek ais pada kawasan tercedera dan kemudian berehat daripada melakukan aktiviti boleh menjejaskan proses pemulihan anggota berkenaan.

[5 Panduan Penjagaan Kaki Untuk Wanita]





Wajah dan bentuk badan cantik tidak memberikan apa-apa makna sekiranya kaki tidak dijaga rapi yang akhirnya meninggalkan kemudaratan pada kesihatan seseorang.

Ramai orang tidak mengambil serius tentang masalah kaki ini. Akhirnya mulalah kaki menjadi sakit, bengkak, lenguh-lenguh sehingga menjejaskan aktiviti seharian.

Apabila kaki sakit,kita tidak lagi dapat bergerak pantas yang akhirnya menyebabkan tugasan harian sama ada di rumah atau pejabat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

PANDUAN PENJAGAAN KAKI


Terdapat 5 panduan penjagaan kaki yang betul untuk memastikan kaki dalam keadaan sihat.




1. Periksa kaki setiap hari

Periksa kaki setiap hari untuk memeriksa sama ada kaki luka, melecet, tanda merah atau bengkak tanpa kita sedar. Gunakan cermin untuk melihat tapak kaki atau meminta tolong dari ahli keluarga jika kita tidak dapat melihat kaki dengan jelas.




2. Basuh kaki setiap hari

Membasuh kaki dengan menggunakkan air suam tetapi elakkan menggunakan air panas. Lap kaki terutama di celah jari sehingga kering. Kaki yang lembap boleh menyebabkan ia berbau dan membuat tempat pembiakan bakteria.




3. Pakai kasut dan stoking

Elakkan berkaki ayam walaupun berada di dalam rumah. Bagi adat orang Melayu, saranan ini mungkin agak janggal tetapi ia sangat penting kepada pesakit diabetes. Pilih kasut yang selsea juga sangat penting, ia boleh melindungi kaki kita sepenuhnya. 

Sebelum memakai kasut, pastikan tiada objek di dalamnya untuk elakkan kecederaan kaki.




4. Pastikan kulit kaki dalam keadaan lembut dan licin


Sapu losen atau minyak zaitun (boleh juga gunakan minyak bayi) pada bahagian atas dan bawah kaki tetapi bukan di celah jari.

Selain itu, gunakan batu pumis untuk menanggalkan kulit yang kasar, keras dan kematu. Caranya adalah rendamkan kaki dalam air suami selama 10 minit dan gosok batu pumis ini secara perlahan-lahan. Jangan gosok terlalu kuat, ia boleh terluka pada kaki. 

Selepas itu, cuci kaki dengan menggunakan sabun dan bilas sampai bersih. Kemudian lap sehingga kering dan sapukan losen.





5. Sentiasa aktif

Rancang aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan mengikut keadaan kesihatan kita. Kita boleh berbincang dengan doctor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Doktor akan gembira jika pesakitnya berusaha untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamal gaya hidup sihat. 

Sesekali sekala, jumpa doctor untuk memeriksa keadaan kaki.


Justeru itu,kita hendaklah mengikuti panduan-panduan di atas supaya kaki dalam keadaan sihat. Kita janganlah ambil mudah berkenaan kesihatan kaki kerana kaki merupakan anggota badan yang penting untuk bergerak dalam kehidupan seharian.

[#TAHUKAH_ANDA Urutan Pada Bayi Boleh Meningkatkan Kasih Sayang]




Deria sentuhan ialah deria paling penting bagi manusia.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat lebih kemesraan dan kasih sayang daripada ibu mereka dalam bentuk sentuhan atau urutan fizikal cenderung bersikap lebih berdaya tahan terhadap tekanan, kekecewaan dan penderitaan.

Oleh itu, urutan adalah cara berkomunikasi ibu dengan bayinya bahkan sejak bayi itu belum dilahirkan lagi. Urutan pada bayi mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan dan perkembangan bayi.

Antara manfaat jika selalu membuat urutan/senaman pada bayi :

1.       Mengeratkan hubungan bayi dengan ibu
Bayi yang selalu mendapatkan urutan atau senaman dari ibu akan lebih cepat untuk mengenali siapa ibu dan ayahnya. Oleh itu, bayi boleh membezakan setiap jenis sentuhan orang-orang yang menjaganya.
  
2.       Komunikasi ibu dan bayi
Bagi bayi yang baru lahir, sentuhan kulit ibu dan bayi sangat penting dari ikatan dan bercakap. Urutan boleh membantu bayi berkomunikasi dengan ibunya mengenai kehendak bayi atau sakit serta berinteraksi dengan orang lain.

3.       Menenangkan bayi
Urutan yang lembut adalah salah satu cara terbaik untuk mengenangkan bayi. Jika bayi menangis atau sakit, ibu boleh mengenangkan bayi dengan cara membelai punggung bayi dengan lembut. Ia juga membuat bayi lebih tenang dan tidur lebih baik.

4.       Membantu merangsang perkembangan mental bayi
Menurut kajian Theodore Wacks menyatakan bahawa bayi yang selalu mendapatkan urutan dari ibunya lebih cenderung memiliki perkembangan psikologis yang lebih baik selama enam bulan pertama dalam kehidupannya.

More Post